, , , , , , , , , ,

Zizan Razak Jadi Warga Bangladesh Dalam Werewolf Dari Bangladesh


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Semalam kami berkesempatan untuk pergi menonton tayangan perdana filem terbaru dari Mamat Khalid iaitu filem Werewolf Dari Bangladesh. Ini merupakan filem terbaru abang Mamat Khalid selepas filem-filem seperti Zombi Kampung Pisang, Zombi Kilang Biskut dan juga Rumah Pusaka Di Simpang Jalan.

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam filem Werewolf Dari Bangladesh ini ialah Zizan Razak, Usop Wilcha, Emma Maembong, Saiful Apek. Dikatakan filem ini menelan belanja 1.8 juta dan telah menjalani pengambaran sekitar Taiping dan Ipoh, Perak.

Sebelum kami bagi sinopsis untuk filem Werewolf Dari Bangladesh ni, apa kata kita tengok trailer filem ini, check it out!

Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh (Werewolf) bermula kisahnya 20 tahun lalu apabila Mirdu, lakonan Saiful Apek iaitu seorang warga Bangladesh diserang seekor serigala mengakibatkan berlaku perubahan fizikal ke atas dirinya menjadi haiwan berkenaan.

werewolf-dari-bangladesh

Tidak hanya pada fizikal, tingkah laku Mirdu juga menjadi ganas dan kejam hingga ramai penduduk kampung menjadi korban kerakusannya. Penduduk kampung yang sudah tidak boleh bersabar akhirnya mengambil keputusan membakar rumah Mirdu.

Mirdu yang marah dengan kejadian itu bertindak menggigit dua anak kembar Kumba (Muhamad Ikhwan) dan Kumbi (Muhamad Azwan), sekali gus menyebarkan jangkitan wabak itu sebelum dia ditembak mati.

Di Malaysia, Usop Wilcha (Shy 8) yang baru berpindah ke kawasan baru bersama Wahab B (Sharwani NS) bertemu dengan Jaynab Ramunggei (Emma Maembong) dan tinggal berjiran serta menjalankan perniagaan bersama-sama di sebuah medan selera.

werewolf-dari-bangladesh1

Pada masa sama, wabak werewolf itu sudah mula merebak di Malaysia.

Kumbi yang kini sudah dewasa juga berada di Malaysia untuk mendapatkan bantuan Jaynab bagi mengembangkan pembiakan baka werewolf, sekali gus melenyapkan spesies manusia di muka bumi.

Bagaimanapun, semua agenda jahat ini sudah lama diketahui Pilun (Zizan Razak) iaitu seorang pekerja asing tanpa izin warga Bangladesh yang bekerja di gerai Usop. Pilun berkali-kali mencuba untuk memaklumkan kepada Usop mengenai perkara itu tetapi usahanya sering terhalang.

Sama-samalah kita nantikan filem Werewolf Dari Bangladesh di pawagam berdekatan dengan anda pada 5 Mac 2015 ini! Auuuuuuuuuuuuuuuuu! *bunyi serigala*

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Shepherd

Penjaga Kambing yang suka bergosheep.
90% Sheep & 10% Shepherd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *