Entertainment

Yoo Sang Moo dan Kim Yeon Ji Akan Berkahwin Oktober Ini #KpopChi

Pelawak, Yoo Sang Moo dan juga pasangan beliau iaitu seorang penulis, Kim Yeon Ji telah mengumumkan yang mereka akan berkahwin pada bulan oktober tahun ini.

Menurut laporan, pasangan Yoo Sang Moo dan Kim Yeon Ji akan melangsungkan perkahwinan di Conrad Seoul Hotel pada 28 Oktober. Hubungan mereka semakin intim setelah berkerjasama untuk menghasilkan satu single pada 2014 dan mendedahkan kepada peminat yang mereka menamatkan zaman bujang pada april yg lepas

Seperti yang diketahui, Yoo Sang Moo dan Kim Yeon Ji mendedahkan yang mereka sudah berpasangan pada November tahun lepas, dan Kim Yeon Ji juga telah banyak membantu Yoo Sang Moo ketika beliau berperang dengan kanser.

Apa-apa pun kami ucapkan tahniah kepada Yoo Sang Moo dan Kim Yeon Ji, semoga berbahagia ke anak cucu!

Click to comment

Tinggalkan Jawapan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

To Top