,

Xiaomi Memperlihatkan Teaser Kamera Aksi, Ingin Bersaing Dengan GoPro.


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Xiaomi tidak asing lagi di dalam arena gajet dengan kehadiran beberapa siri telefon pintar dan tablet yang menjalankan system operasi Android “MIUI” yang telah diubahsuai, barisan powerbank yang berkualiti tinggi serta beberapa lagi gajet yang berjaya menarik ramai peminat teknologi kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan.

Kini Xiaomi mungkin bakal hadir dengan sebuah kamera aksi yang kecil untuk bersaing dengan kamera aksi terkemuka, GoPro dan sekaligus akan dengan HTC Re dan SJCAM di dalam arena yang sama. Walaupun belum ada berita rasmi dari Xiaomi, sebuah video teaser dan beberapa gambar kotak mancis sebagai penanda ukur telah dipaparkan di laman Weibo Xiaomi.

Spesifikasi dan sebagainya masih tidak diketahui lagi. Pihak Xiaomi dijangka akan mengumumkannya pada 2 Mac kelak.

sumber : mi.com

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Anaz Haidhar

24. Penulis bebas di ruang maya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *