[Video] Marvel Studios Keluarkan Trailer Rasmi ke-2 Captain Marvel

2 jam lepas, Marvel Studio kembali menyiksa jiwa-jiwa peminat filem Marvel dengan mempertontonkan video acah kedua untuk filem adiwira Marvel iaitu Captain Marvel.

Jika sebelum ini Marvel Studio sudah mengeluarkan video acah pertama filem ini

Untuk video acah kali ini, durasi videonya lebih panjang sedikit dari video acah yang pertama. Trailer yang berdurasi dua menit lebih ini dimulakan dengan adegan di mana Captain Marvel melawan Skrull Shapeshifter yang menyamar menjadi seorang perempuan tua di dalam kereta api.

Walapun sebahagian babak dalam video acah kedua ini sudah diperlihatkan di video acah yang pertama, tapi pada video acah yang baru ini babak-babak tersebut diperluas dan lebih memuaskan penonton

Bagi yang belum berkesempatan untuk menonton video acah kedua Captain Marvel ini, jom kita tengok video tersebut di bawah ini.

Captain Marvel akan ditayang di pawagam seluruh dunia bermula pada 8 Mac 2019 nanti.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.