, , , ,

Ucapan selamat tinggal Lee Seung Gi (이승기) buat peminat


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Selebriti serba boleh Lee Seung Gi akhirnya akan menjalani transisi besar dalam hidupnya apabila beliau mengumumkan bakal menyertai servis ketenteraan tidak lama lagi. Menurut agensi naungannya Hook Entertainment, Seung Gi (28) bakal menyertai ketenteraan Korea Selatan pada 1 Februari. Bersempena dengan perkara ini, lagu “I’m Going To The Army” telah dirilis semalam.

“Oleh kerana saya tidak boleh mengucapkan selamat tinggal kepada setiap seorang peminat saya secara berdepan, lagu ini menjadi pengganti diri. Walaupun lagu ini berkaitan dengan kisah hidup saya, saya berharap lagu ini juga boleh menjadi pembakar semangat untuk semua yang ingin menyertai perkhidmatan tentera dan terpaksa berpisah dengan keluarga tersayang buat sementara waktu,” ujar Seung Gi penuh harapan.

121712-lee-seung-gi-wide

Kami menjangkakan populariti Lee Seung Gi tidak akan pudar memandangkan beliau adalah antara selebriti paling disenangi di Korea Selatan. Malah lagu “I’m Going to the Military” ini sekali lagi melakukan all-kill di semua carta muzik terkenal Korea. Lagu ini telahpun menjuarai carta untuk Mnet, Bugs, Olleh Music, Soribada, Naver dan Monkey3.

“Saya dengan rendah diri ingin mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih atas segala sokongan dan kasih sayang yang diberikan oleh semua orang terhadap saya. Saya akan kembali sebagai lelaki sejati.” Ujar Lee Seung Gi lagi. Sementara itu, jom kita sama-sama dengar lagu yang kini menjadi juara carta di Korea. Jangan menangis tau!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by DeeraNamzar

Hidup ini indah. Senyum. Instagram & Twitter : @areedrazman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *