Tune Talk VIP (Value Incredble Plan), Pelan Khas Untuk Warga Emas dan Juga Orang Kurang Upaya

Sebentar tadi Tune Talk baru je melancarkan pelan baru mereka yang dikeluarkan khas untuk golongan warga emas dan juga Orang Kurang Upaya (OKU). Pelan ini diberi nama Value Incredble Plan atau singkatannya Tune Talk VIP. Pelan ini sudah pun berada di pasaran bulan lepas.

Tune Talk VIP (Value Incredble Plan), Pelan Khas Untuk Warga Emas dan Juga Orang Kurang Upaya

Tune Talk dengan golongan OKU ini sangat sinonim kerana mereka kerap membantu atlet para yang mewakili Malaysia  contohnya seperti liputan media dan pendedahan menerusi inisiatif program yang diberi nama Malaysian Invasion Spirit In Motion (MISIM).

Dengan membayar RM10 sebulan, pelan baru Tune Talk VIP ini menyediakan 2GB data serta panggilan tanpa had dalam rangkaian yang sama dan ia buat khusus untuk rakyat Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas dan orang kurang upaya (OKU).

Tune Talk VIP (Value Incredble Plan), Pelan Khas Untuk Warga Emas dan Juga Orang Kurang Upaya 1

Pelanggan baru Tune Talk yang ingin mengunakan pelan ini perlu mengesahkan identiti mereka dahulu dengan mengemukakan butiran dan salinan MyKad atau Kad OKU di laman web rasmi Tune Talk. Mereka juga boleh call Tune Talk Careline atau pergi ke mana-mana dealer sah Tune Talk.

Bagi pelanggan Tune Talk sedia ada yang berusia 60 tahun ke atas secara automatik layak untuk melanggan pelan VIP baru dengan segera melalui aplikasi mudah alih Tune Talk atau SMS.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.