[Video] Marvel Studio Keluarkan Trailer Pertama Filem Avengers 4 : Endgame

Setelah kita disajikan dengan video acah dari filem Captain Marvel, dua jam lepas Marvel Studio keluarkan pula video acah rasmi pertama filem Avengers 4 yang kini diberi tajuk Avengers 4 : Endgame.

Dalam video acah pertama filem Avengers 4 : Endgame ini, kita dalam lihat sisa-sisa karakter yang terselamat dari petikan jari Thanos yang masih mencari-cari jalan bagaimana untuk mengalahkan Thanos. Kita juga dapat saksikan Hawkeye menjadi Ronin seperti gambar yang leaked sebelum ini.

Seperti dalam komik, Thanos pula kelihat mengantung bajunya dan kelihatan seperti bercucuk tanah sama macam dalam komik.

Avengers 4 - Endgame

Pada hujung video ini, kita dapat tengok karakter Ant Man yang Captain Amerika ingatkan ia merupakan video lama tapi sebenarnya tidak. Namun masih awal untuk buat kesimpulan dari video acah pertama Avengers 4 : Endgame ini kerana semuanya terlalu simple dan kurang mengujakan.

Mungkin video acah kedua dapat mengembangkan lagi babak-babak dalam video acah yang pertama ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.