, ,

Love OMG Cry

Tobey Maguire vs Andrew Garfield vs Tom Holland #SpiderManHomecoming


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Apa yang boleh dilihat, kebanyakkan peminat movie Spiderman gemar membandingkan Spiderman Homecoming dengan film2 spidey sebelum ini.. so ini pendapat aku pula. 🙂

Setelah 15 tahun sejak tayangan spiderman arahan Sam Raimi dan disusuli dengan film2 spidey yang lain, akhirnya segala persoalan dah terjawab dengan menonton spidey versi Tom Holland.. KENAPA?

Spiderman versi Tobey, mempunyai origin plot story yang cukup baik. Ianya boleh dilihat dengan olahan dari segi CGI,Emosi, pembinaan setiap watak, serta villian2nya. Bagi aku, Raimi cuba untuk berada dalam keadaan ”playsafe” apabila beliau cuba menghasilkan spidey yang tiada kelemahan..

SEBABNYA?
1. sense factor yang kuat.
2. healing factor yang cepat.
3. spidey web yang berasal dari tubuhnya dan tiada limit.

Factor2 diatas menjadikan spidey versi Tobey ini kelihatan tiada tolok banding hebatnya berbanding spidey2 lain. Tetapi mempunyai kelemahan apabila mengalami masalah emosi atau tekanan perasaan. Jadi, ianya memudahkan Raimi untuk mengolah setiap scene dengan lebih mudah, jika dibandingkan dengan spidey2 lain yang lebih kelemahan berbanding kekuatan.

kemudian muncul pula spidey versi Garfield, yang diolah hampir mengikut unsur2 komik.

Director cuba olah plotnya lebih realistik :
1. menunjukan setiap scene hayunan web Garfield akan kelihatan dari mana ia terlekat.
2. Garfield kerap mengalami lebam2 & luka dibadan
3. Spidey webnya akan berkurangan sekiranya tidak ditambah.
4. Sense factornya dikekalkan seperti versi Raimi.

Film versi Garfield ini juga adalah satu karya yang cukup hebat bagi aku.. ianya juga menunjukkan plot realistik apabila tidak semua superhero mampu menyelamatkan semua orang.. hingga ianya berlaku kepada Gwen stacy.

Walaupun film ini tidak mempunyai pembinaan watak yang baik.. tapi ianya berjaya dengan caranya yang tersendiri.

Now,dengar kata Spiderman versi Tom ini sememangnya dihasilkan mengikut unsur komik.Spiderman Homecoming adalah satu2 karya yang cukup masterpiece bagi aku.. kerana director berani menghasilkan spidey yang begitu banyak kelemahan jika hendak dibandingkan dengan spidey versi Tobey & Garfield.

Director berjaya hasilkan unsur2 realistik bagi setiap scene.. semua persoalan aku selama 15tahun ini terjawab…

KENAPA?
1. pernah bayangkan spidey lawan enemy di kawasan tanpa bangunan? dia nak bergayut kat mana?
2. pernah bayangkan bagaimana spidey hendak kesatu tempat yang lain dengan lebih cepat sekiranya tiada bangunan?
3. pernah bayangkan macam mana spidey terpaksa berlawan diudara?
4. pernah bayangkan superhero nak bersiap pakai baju sendat dieorg? susah ke senang?
5. Logik akal budak 15tahun anak yatim piatu,hanya mampu pakai sweater saje untuk baju superheronya, daripada mampu hasilkan costume yang setaraf film2 spidey sebelum ini?

dan banyak lagi persoalan terjawab bila aku tonton film ini, olahan director dari segi pembinaan watak seorang budak 15tahun untuk menjadi penyelamat dunia.. cukup2 realistik.. walaupun pemintaan umum mahukan lebih aksi berbanding plot origin powernya.

Tetapi director tetap dengan pendiriannya. tak mustahil kalau director mahu hasilkan lebih aksi tetapi memilih untuk hasilkan film spidey yang lain dari film2 spidey sebelum ini..RESPECT!!

kesimpulannya setiap franchise film Spiderman mempunyai kelebihannya yang berlainan.. ianya tak menunjukkan persamaan yang besar.. masing2 adalah masterpiece bagi aku.. 🙂

personal rate : 9/10 untuk Spiderman Homecoming. peace! 🙂

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *