, ,

Love

Tips Penting Melancong Ke New Zealand


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Bila nak pergi melancong ke suatu tempat, mesti ramai yang memilih untuk dapatkan atau baca tips apa yang patut dan tak patut dibuat di lokasi melancong tu. Jarang sangat jumpa orang yang main terjah sahaja tanpa membca atau minta tips. Jadi kami nak kongsikan kepada anda tips melancong ke New Zealand oleh seorang gadis ini.

Tips penting bila melancong ke New Zealand ini telah dikongsikan oleh beliau melalui laman Instgramnya. Jom baca! Sambil-sambil tu boleh tengok gambar-gambar beliau sepanjang berada di New Zealand.

 
1. New Zealand terbahagi dua, south & north Island. Untuk view yang cantik-cantik gunung ganang dan tasik biru dekat area South Island. North ni lebih pada bandar-bandar besar. Kuala Lumpur ke Auckland ada banyak direct flight (AA,Mas,Emirates etc). Nak ke south kena transit dan land dekat Christchurch, Queenstown atau Dunedin (Flight Jetstar, Air NZ, Qantas etc.)
2. Boleh request free map kat sini. Dalam masa dua minggu map akan dihantar ke rumah for FREE. Aku suka gila pakai map ni even kat mana2 i-center New Zealnd pun takkan jumpa map ni.
3. Ini penting gila! Oleh sebab imigresen New Zealand antara imigresen paling strict kt dunia sila declare semua makanan yang korang bawak kat imigresen dan jangan berani-berani langgar sebab denda 400nzd kalau kantoi. Tulis/taip kat kertas jenis, brand & bahan-bahan dalam makanan yang korang bawak. Aku siap bawak sambal bilis yang aku buat sendiri tapi seal rapi-rapi sampai takde bau keluar. Boleh refer website imig.NZ untuk makanan yang boleh dan tak boleh bawa. Hati-hati akan ada anjing yang hidu bag korang kat imigresen. Kalau ragu-ragu just declare je kalau tak boleh jawapnya ke tong sampah. Makanan tenusu & haiwan DILARANG bawak masuk. Syukur stock makanan aku semua lepas.


4. Aku sewa kereta dari company Shoestring. Pergi website dia dan request quotation nanti Mr.Cameron akan reply. Nak tanya macam-macam pun boleh. Orangnya peramah & baik. Aku pilih shoestring sebab senang, murah & procedure yang simple. Caravan pilih company lain.
5. Sila ambil full coverage insurans untuk sewa kereta. 10nzd/day. Jangan confident sangat sebab jalan kat New Zealand berbukit bukau.
6. Patuhi had laju kt New Zealand. Polis traffic kt New Zealand sangat2-sangat peka dengan kereta atas jalan raya & local pun akan report kalau ada kereta yang dipandu bahaya. Kalau bawak baby wajib pakai baby seat dan seatbelt pun sentiasa pakai walaupun duduk seat belakang.


7. Make sure minyak kereta sentiasa penuh. Kalau lalu pekan/bandar tu isi je full sebab petrol station bukan bersepah-sepah macam drive kt Malaysia ni. Semakin ceruk tempat makin mahal harga petrol dan harga petrol berubah-ubah setiap hari. Konsepnya isi minyak dulu then bayar. Kalau shopping dekat pasaraya macam PaknSave/countdown boleh dapat rebat 6sen/liter.
8. Sepanjang kat New Zealand ni aku masak, kecuali masa kat Queenstown sebab hotel tak ada provide kitchen. Kalau pakai shared kitchen tu tolong masak dengan pantas sebab ramai nak pakai dapur. Lepas masak cuci dan kemas semula semua peralatan. Jangan buat perangai pengotor kat tempat orang.
9. WiFi percuma kat New Zealand ni agak susah sikit. Ada free pun mesti limited data. Kalau kau book bilik thru airBnB yg tengah pekan & stay dengan host dapatlah pakai unlimited WiFi. Kalau tak boleh hidup tanpa internet boleh beli simkad kat airport.


10. Kat Queenstown tu spend lah at least 2 hari sebab banyak aktiviti boleh buat cuma sediakan duit je.
11. Kalau rajin kau spend sehari dekat area mount cook untuk trekking ke hooker valley tengok glacier. Lawa gilerrr. Estimate 4 jam return.  Aku yang tak suka hiking pun boleh sampai hujung apetah lagi korang yang ulang alik Broga. Jangan lupa pakai sunblock/aloevera elak kulit sunburn teruk macam aku. New Zealand memang sejuk tapi sunlight dia direct terus ke muka. Hangus lain macam kalau tak pakai protection .

12.Oleh sebab New Zealand ni dekat dengan kutub selatan, so 4 musimnya berlawanan dengan negara-negara lain macam Europe tu.
13.Korang boleh collect information kat i-center dan amik pamplet free. Bersepah-sepah i-center kat NZ ni kalau masuk bandar dan pekan.
14.Booking hotel dari booking.com & airBnB. Peak season NZ adalah summer. Time winter low season hotel pun ada yang tutup.
15.Antara aktiviti wajib naik cruise di Milford sound. Sebelum teruskan perjalanan tanya mana-mana information counter kalau-kalau jalan tutup. Selalu ada tanah runtuh kalau hujan sebab area sana antara kawasan paling kerap hujan. Jalan ke Sana agak bahaya. Just hati-hati dan yakin je.

Wah. Memang mantap betul tips yang diberikan ni. Suasana di sana pulak memang cantik habis kan? Kalau korang nak usha lagi gambar dan pengalaman gadis ini di New Zealand, boleh follow instagramnya.

Kredit: Instagram Pyelonc

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *