, , , ,

“Tidak Datang Sebab Sibuk Dengan Shooting Drama” – Emma Maembong


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Ramai yang tertanya-tanya kenapa Emma Maembong tidak kelihatan di Majlis Pratonton Werewolf Di Bangladesh, Mamat Khalid kecewa kerana dua watak utama filem tersebut iaitu Emma Maembong dan Zizan Razak tidak dapat bersama-samanya di majlis tersebut. Kenapa?

Emma Maembong tampil untuk menjawab persoalan ini.

“Saya bukan sengaja tak mahu pergi atau mengelak menghadiri pra tonton filem itu tetapi saya sedari awal sudah memaklumkan ada komitmen lakonan untuk drama Isteri Separuh Masa arahan Michael Ang di samping Aiman Hakim Ridza.

“Penggambaran itu berlangsung dari Pulau Pinang hingga ke Langkawi. Ikutkan saya sudah memaklumkan kepada isteri abang Mamat sendiri mengenai jadual seni saya. “Malah saya siap memberikan nombor telefon pembantu pengarah untuk pihak mereka periksa semula jadual.

“Tapi memang tak ada rezeki untuk saya bersama menonton bersama. Tambahan pula ia filem sulung lakonan saya. Takkanlah saya tak mahu menyaksikannya sendiri detik manis itu. Kalaulah pratonton itu dilakukan hari ini memang saya boleh menghadirkan diri,” katanya.

 

 

Emma Maembong Isteri Separuh Masa

Tambah Emma lagi, beliau mendapat tarikh pratonton filem itu sekitar seminggu lalu dan pada ketika itu memang dirinya tidak dapat berbuat apa-apa lagi kerana sudah terikat dengan penggambaran drama itu.

Mungkin atas sebab yang sama kenapa Zizan Razak tidak datang ke Majlis Pratonton tersebut adalah kerana sibuk mempromosi filem beliau yang bakal menemui penonton dipawagam iaitu Cicakman, ini kita boleh lihat di laman instagram beliau

Zizan Razak Insta

via BHOnline

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Shepherd

Penjaga Kambing yang suka bergosheep.
90% Sheep & 10% Shepherd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *