Artis

The Venopian Solitude, Band Malaysia Pertama Yang Bakal Buat Persembahan Bersama Thom Yorke, Gorillaz, Diplo dan ramai lagi!

The Venopian Solitude???

Sebelum kita pergi jauh, bagi mereka yang mungkin tetiba tertanya-tanya bila pulak kat Malaysia ni ada band nama The Venopian Solitude ni, tak pernah dengar pun? so izinkan kami untuk memberitahu korang serba sedikit pasal band The Venopian Solitude ni.

Untuk mereka yang baru first time dengar band ni, sebenarnya mereka adalah satu kugiran elektronik yang berpangkalan di sekitar Lembah Klang, Malaysia. Mereka pernah dicalonkan di Anugerah Industri Muzik 2014 untuk tiga kategori iaitu (Rakaman Album Terbaik, Susunan Lagu Terbaik, Muzik Video Terbaik), dan dua ahli kugiran tersebut telah meraih anugerah Lagu Hip-Hop Terbaik pada AIM 2016 untuk lagu ‘Janji’, (Kemat sebagai composer dan produser, Taka
sebagai penyanyi dan penulis lirik bersama Altimet).

Sepanjang kewujudan The Venopian Solitude ni, mereka sudah pun membuat bukan saja di Malaysia tapi juga di luar negara. Antara negara yang pernah dijejaki band ini ialah Jepun, Korea,
Indonesia, Singapura, Belanda dan Kanada.

22 hari. Enam negara. Tujuh festival. Satu kugiran.

Itu dia sedikit sebanyak tentang TVS ni. So, apa kena mengena Thom Yorke, Gorillaz, Diplo dengan TVS ni? TVS telah dijemput untuk membuat persembagan di tujuh festival muzik di enam buah negara di Eropah selama 22 hari pada bulan Jun.

Salah satu festival tersebut tersebut ialah Sonar Barcelona yang merupakan salah satu festival muzik terkemuka di dunia, yang mempunyai keharidan seramai 120,000 orang pada acara yang dijalankan pada tahun 2017. Antara artis terkemuka yang akan membuat persembahan pada Sónar tahun ini ialah Thom Yorke, Diplo, Gorrilaz dan ramai lagi.

Mencari Rakan Kerjasama

Disamping itu juga, The Venopian Solitude juga berminat untuk melebarkan sayap mereka ke Eropah disamping mencari mereka yang ingin berkerjasama dengan TVS untuk jangka masa yang panjang. Jelajah ini merupakan langkah pertama dalam kerjasama antara TVS dan ejen tempahan mereka di Eropah, Jerome Williams dari Earthbeat NL. Di bawah naugan mereka, The Venopian Solitude akan melaksanakan rancangan tiga ke lima tahun, yang melibatkan jelajah di rantau Eropah, serta beberapa negara-negara di rantau lain di serata dunia.

Jika ada yang berminat untuk menjalinkan hubungan dengan TVS bolehlah contact mereka di sini

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

To Top