, ,

The Revenant kuasai pencalonan Oscar 2016


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Oscar kali ini mengangkat filem The Revenant (12 pencalonan) dan Mad Max: Fury Road (10 pencalonan)  apabila dua filem ini menguasai senarai akhir pencalonan tahun ini termasuk untuk kategori filem terbaik. Selain dua filem ini, filem Bridge of Spies, Spotlight, The Big Short, The Martian, Brooklyn dan Room turut mendapat tempat dalam pencalonan.chris-rock-oscar-countdown

Di sebalik kemeriahan Oscar kali ini, rata-rata penggiat filem Hollywood nyata tidak berpuas hati dengan pencalonan tahun ini apabila sekali lagi kesemua calon untuk kategori lakonan didominasi oleh pelakon berkulit putih. Nama Michael B. Jordan (Creed), Tessa Thompson (Creed), Idris Elba (Beasts of No Nation), Abraham Attah (Beasts of No Nation) dan Will Smith (Concussion) tidak kelihatan walaupun mereka dikatakan memberikan persembahan cemerlang menerusi watak masing-masing. Anugerah yang bakal diterajui oleh Chris Rock nyata mendapat kritikan hebat di media sosial.

Dua nama besar African-Americans hollywood, Pengarah Spike Lee dan pelakon Jada Pinkett Smith telah mengumumkan yang mereka akan memboikot anugerah tersebut kerana kurang ‘warna’ dalam senarai pencalonan.

jada

Selain itu, filem Carol yang tersingkir dari pencalonan filem terbaik juga mencetuskan tanda tanya apabila buat pertama kalinya sejak 2008, filem yang dikepalai Harvey Weinstein gagal mendapat pencalonan filem terbaik di Oscar 2016.

Academy Awards/ Oscar akan bersiaran pada 28 Februari 2016. Sama-sama kita nantikan keputusannya.

Senarai penuh pencalonan Oscar 2016 di sini

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by DeeraNamzar

Hidup ini indah. Senyum. Instagram & Twitter : @areedrazman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *