“The Journey of Iftar” Jadi Tema Hotel Premiere Klang untuk Ramadan

Hotel nombor #1 di Klang menurut Trip Advisor, Hotel Premiere Klang bakal membawa tema “The Journey of Iftar” untuk Ramadan yang bakal tiba tak lama lagi. Tema “The Journey of Iftar” akan dapat dilihat melalui buffet Ramadan yang mereka akan tawarkan nanti.

Mendapat inspirasi daripada kemewahan dan kepelbagaian masakan Melayu tempatan, Hotel Premiere Klang menawarkan pelbagai jenis masakan untuk buffet Ramadan mereka.

Buffet Ramadan hotel ini akan disajikan di The Buzz Cafe. Memang selesa dan tenang kawasannya. Team EhGoSheep diberi peluang untuk menjadi yang terawal menikmati buffet Ramadan “The Journey of Iftar” di Hotel Premiere Klang minggu lalu.

Sewaktu tiba di kawasan The Buzz Cafe, memang sudah jelas kelihatan kemeriahan makanan buffet Ramadan Hotel Premiere Klang ini. Dari pelbagai jenis air, lauk-pauk masakan Melayu sehinggalah kudap-kudap, semuanya memang banyak pilihan.

Makanan wajib cuba: Bread Butter Puding!

Yang paling utama, anda harus rasa sendiri signature milkshakes mereka. Datang dalam tiga pilihan iaitu pisang, longan asam boi dan kelapa. Sampai sekarang kami masih terbayang keenakan milkshake longan asam boi mereka. Sedap betul! Executive Chef, Noor Hisham bersama pasukan kulinarinya merupakan orang yang bertanggungjawab untuk projek Ramadan ini.

Untuk pengemar durian, Hotel Premiere Klang juga akan menyediakan buffet durian untuk buffet Ramadan mereka. Wow! Mesti syokkan? Harga mampu milik dan dapat makan pelbagai jenis juadah.

Kemeriahan berbuka puasa di The Buzz Cafe, Hotel Premiere Klang akan lebih terasa dengan persembahan daripada The Hawari Band. Barulah seronok dan meriah kan?

Anda tak perlu risau soal parking jika mahu ke Hotel Premiere Klang ni. Memang banyak sangat parking dan memang mudah untuk ke The Buzz Cafe. Dari lift parking, naik sahaja ke Ground Floor, sudah jumpa.

“The Journey of Iftar” buffet Ramadan dijual dengan harga RM109 untuk dewasa dan RM89 untuk kanak-kanak dan warga emas. Pelanggan boleh menikmati buffet ini setiap hari bermula 24 April hingga 22 Mei 2020 dari jam 7 petang hingga 10 malam. Untuk yang berminat untuk mendapatkan dengan harga early bird, RM89 sahaja untuk setiap voucher boleh membeli voucher melalui email [email protected] atau WhatsApp 012-4496258 (Mazlina Manaf).

Mbekkk.
Posts created 17

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top