“..Tayang kereta, tapi karier suram..” Nanasheme dihentam selepas komen di Instagram Naim Daniel

nanasheme

Ketika ramai yang mengucapkan tahniah kepada Naim Daniel atas kerana beliau berjaya membeli rumah sendiri walaupun baru berumur 22 tahun. Namun macam biasalah, di setiap kejayaan orang ada je yang dengki.

Namun yang peliknya netizen ini menghentam artis lain dalam ruangan komen posting Naim Daniel ini. Artis yang terkena tempias itu ialah Nanasheme.

Apa yang kami paham, Nanasheme hanya mengucapkan tahniah kepada Naim Daniel, namun salah satu akaun ini telah membalas komen tersebut dengan satu kata-kata yang kurang enak didengar

Kami rasa ia cuma satu akaun palsu yang cuba menyebarkan kebencian terhadap Nanasheme dan menempel di ruangan komen Naim Daniel kerana dahagakan perhatian

Namun, Naim Daniel sendiri ada tinggalkan komen di posting Nanasheme mengenai isu ini

Lagi busuk bila “dia” tak follow kita berdua tapi masih tebal muka untuk sanggup buat fake account dan menyorok tangan selepas melempar batu. Tak apa Nana, you got this. WE got this. May Allah protect you, always.

"..Tayang kereta, tapi karier suram.." Nanasheme dihentam selepas komen di Instagram Naim Daniel

Kami pelik, kenapa perlu wujud akaun-akaun begini hanya untuk menyebarkan kebencian dan mewujudkan suasana yang negatif sebegini? apa yang mereka dapat dari buat benda yang tak berfaedah ini?

Kami sendiri yang boleh dikatakan rapat dengan Nanasheme menganggap benda ni tak sepatutnya berlaku, kita mungkin tak melihat Nanasheme di kaca TV namun sebab utamanya ialah Nana sendiri mementingkan pelajaran terlebih dahulu, dan sekarang Nana dah tamat pengajian, dan dia akan mula fokus kearah nyanyian selepas ini

Jadi pada haters-haters atau penyebar kebencian tu, insaf lah jangan sibuk hal orang, jaga diri sendiri dulu, bak kata Zizi Kirana

“Sendiri boleh kira
Meroyan itu gila
Tanya diri sampai bila
Nak jaga tepi kain aku?”

Kami dengar Nanasheme akan melancarkan satu single baru. Mesti korang tak sabar nak dengar kan? Dengar cerita baru habis buat pengambaran muzik video untuk lagu tersebut. So stay tune ok!

Sumber : @nanaasheme | astro gempak

penulis solo yang suka menulis tapi tiada masa untuk menulis
Posts created 5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top