Artis

Tanpa Gimik, Lagu Police Entry Hampir Cecah 1 Juta Views dan Juga Sedap Didengar Pada Speed 1.25x

Disaat semua artis sedang giat memikirkan gimik untuk next lagu dorang, dan ada juga yang mengunakan gimik murahan untuk melariskan lagu dorang, Elizabeth Tan juga yang tenang mengeluarkan lagu tanpa mengunakan gimik untuk melariskan single baru beliau.

Pada mereka yang belum tahu, lizzy yang lama menyepi kini muncul dengan single terbaru iaitu “Police Entry” yang juga merupakan single pertama beliau bersama Warner Music Malaysia. Lagu ini mendapat jampi dari Hael Husaini dan juga Ezra Kong. Lagu ini begitu dekat dengan kita kerana ia diinspirasikan dari permainan kanak-kanak iaitu “Police and Thief” ataupun nama lainnya “Police Sentri”

 

Lirik lagunya yang catchy, mesra telinga membuatkan orang cepat ingat lagu ini dan menjadi siulan orang ramai. Bagi Elizabeth Tan pula, bekerja dengan Hael dan juga Ezra merupakan pengalaman yang unik dan berharga bagi beliau.

Sejak muzik video lagu Police Entry ini dimuatnaik di youtube 6 Julai lalu, setakat ini ia berjaya menjadi trending no 6 di Youtube Malaysia dan juga berjaya mengutip 600k tontonan. See, siapa kata nak popularkan lagu perlukan gimik? Takyah gimik, cukup dengan lagu yang sedap didengar juga mampu buatkan lagu itu popular.

Menurut satu komen dekat youtube, lagu ini juga sedap didengar apabila ia dilajukan 1.25x, kami pun dah cuba dengar tadi. Not bad jugak. Korang cubalah try okay!

Jadi bagi sesiapa yang belum lagi menonton muzik video lagu Police Entry nyanyian Elizabeth Tan ini, mohler kita layan video dibawah ni

Kami ucapkan selamat maju jaya kepada Elizabeth Tan, teruskan mewarnai industri muzik kita okay! Kita sokong dari belakang!

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

To Top