Tahniah Sophia Liana dan Budak Ngam Juara Dansa dan Sing 2020. Selepas mengharungi 3 round persembahan, tahniah kami ucapkan kepada Sophia Liana dan Budak Ngam kerana memenangi program realiti Dansa dan Sing 2020 musim pertama ini.

Tempat ke 6 pula dimenangi oleh Raja Syahiran dan 2twenty2 Squad, manakala di tempat ke-5 pula dimenangi oleh Waris dan Alamak
Tempat ke-4 dimenangi oleh Wani Kayrie dan DeLitz, tempat ke-3 dimenangi oleh Shiha Zikir dan Team Squad, naib juara dimenangi oleh Chubb-e dan Zeppo Youngsterz Crew.

Sophia Liana membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro, manakala Chubb-e dan Shiha Zikir pula akan memenangi RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.

Wani Kayrie dan Waris juga tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana masing-masing bakal membawa pulang RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.
Berikut adalah senarai Markah untuk keputusan Dansa dan Sing 2020
Juara. Sophia Liana & Budak Ngam – Juri 60.5% + Online 6.54%
Tempat ke-2. Chubb-e & ZYC – Juri 58.01% + Online 7.12%
Tempat ke-3. Shiha Zikir & Team Squad – Juri 59.14 % + Online 4.13 %
Tempat ke-4. Wani Kayrie & DeLitz – Juri 55.73% + Online 3.87%
Tempat ke-5. Waris & Alamak – Juri 54.21% + Online 3.93%
Tempat ke-6. Raja Syahiran & 2twenty2 Squad – Juri 55.40% + Online 4.41%
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Sophia Liana dan Budak Ngam kerana menjadi juara untuk Dansa Dan Sing 2020 musim pertama ini!