SUMPAH! Single Terbaru Aina Abdul Dilancarkan Hari Ini

Untuk yang baru saja mendengar nama Aina Abdul ini, mari sini kami bagitau sedikit info mengenai penyanyi lagu “SUMPAH” ini. Aina Abdul pernah menjadi finalis Bintang Irama 1 Malaysia
RTM tahun 2010.

SUMPAH! Single Terbaru Aina Abdul Dilancarkan Hari Ini 1
photo by KakiTembak

Namun namanya melonjak naik apabila dia mengikuti program realiti Mentor Legend yang dimana beliau dibimbing oleh ratu rock Malaysia, Ella pada waktu ini, beliau berjaya mendapat tempat kedua dalam program realiti tersebut.

SUMPAH! Single Terbaru Aina Abdul Dilancarkan Hari Ini 2

Namun nampanya Aina Abdul kelihatan seperti berehat dari menyanyi selepas kejayaan beliau dengan lagu “Shadow”. Sumpah merupakan single terbaru Aina selepas sunyi tanpa sebarang khabar berita di
industri muzik tempatan.

Kali terakhir muncul dengan Ribut Hati yang merupakan soundtrack filem Tombiruo: Penunggu Rimba yang berjaya menggondol anugerah OST Terbaik di Anugerah Telenovela 2018.

SUMPAH! Single Terbaru Aina Abdul Dilancarkan Hari Ini 3
photo by KakiTembak

Sumpah merupakan hasil ciptaan sepenuhnya Aina Abdul. Sekali dengan majlis pelancaran lagu ini, Aina Abdul tidak menunggu lama untuk melancarkan sekali muzik video untuk lagu ini.

Muzik video yang dihasilkan oleh theMalaya yang diterajui oleh dua beradik kembar ini mengambil masa sehari pengambaraan di Ulu Kelang, Selangor. Muzik video “Sumpah” ini juga menampilkan aktor Qi Razali sebagai watak utama,

SUMPAH! Single Terbaru Aina Abdul Dilancarkan Hari Ini 4

Aina memberitahu dia agak gugup untuk berlakon walaupun sudah mempunyai pengalaman dalam bidang lakonan – pernah membawa watak sampingan sebagai Irma dalam drama Seindah Takdir Cinta bersama Amyra Rosli dan Syahrul Rizwan.

“Qi Razali banyak mengajar Aina menghayati watak agar setiap babak yang dilakonkan kelihatan real dan penonton turut sama dapat merasainya,” jelas Aina Abdul.

Jom kita layan muzik video lagu Sumpah nyanyian Aina Abdul ini!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.