Status Zamani Di Pentas Gegar Vaganza 5 Masih Samar – Samar?

Semua orang tahu keadaan Zamani pada konsert Gegar Vaganza 5 ahad lepas yang dimana beliau tidak dapat menyanyi lagu yang diberikan walaupun sudah diberikan key yang rendah mengikut kata Tok Ram. Disebabkan Zamani tidak dapat menyanyi, Tok Ram bagi markah kosong, Zamani tersingkir pada malam itu namZun diselamatkan oleh imuniti dari Dato Aliff Syukri.

Namun apa yang menjadi tanda tanya adakah pada minggu ini Zamani dapat beraksi di pentas Gegar Vaganza 5 selepas ura-ura yang mengatakan Zamani ingin tarik diri dari Gegar Vaganza 5 ini?

Namun mengikut kata pengurus Zamani iaitu Aalan Ahmad, setakat hari ini Zamani masih lagi mempunyai masalah suara seperti minggu lepas sehinggakan dia terpaksa mengambil satu suntikan untuk membantu Zamani kembali sihat.

Walaupun keadaannya semakin beransur pulih namun apa yang membimbangkan ialah beliau masih belum boleh menyanyi, dan untuk memastikan suara beliau kembali dia perlu menjalani rawatan dan suntikan sehingga suara Zamani kembali pulih

Dalam pada itu, Aalan memberitahu Zamani membuat keputusan untuk tidak mensia-siakan peluang yang diberikan pihak Astro itu dan tetap akan tampil biarpun kesihatannya belum pulih.

Namun pada itu, Zamani kekal komited untuk meneruskan persembahan beliau pada minggu ini dan ingin mengunakan peluang kedua ini sebaik mungkin dan ini merupakan keputusan beliau sendiri dan tiada paksaan dari mana-mana pihak dan atas dasar tidak mahu mengecewakan peminatnya.

Jadi adakah sejarah akan berulang dan Zamani tidak dapat menyanyikan lagu seperti minggu lepas atau sebaliknya?  Sama-samalah kita tunggu Konsert Gegar Vaganza 5 yang akan bersiaran langsung pada hari Ahad pukul 9 malam.

sumber: Mstar

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.