[Video] Trailer Filem Spider-Man: Far From Home

Sebentar tadi Sony Pictures Entertainment baru sahaja mengeluarkan trailer filem Spider-Man: Far From Home yang sudah semestinya dinantikan oleh semua peminat filem ini

Filem ini akan ditayangkan dipawagam selepas filem Avengers 4 : Endgame. Filem ini merupakan sekuel dari filem Spider-Man: Homecoming walaupun character ini sudah dimatikan dalam filem Avengers: Infinity War

[Video] Trailer Filem Spider-Man: Far From Home 1

Video ini dimulakan dengan scene Peter Parker a.k.a Spider-Man sedang bersiap-siap untuk ke percutian musim luruh bersama kawan-kawannya. Namun, ketika bercuti Nick Fury muncul untuk meminta pertolongan Spider-Man untuk melawan musuh iaitu Elementals tapi kali ini bukan bergandingan dengan Iron Man tapi dengan Mysterio yang dilakonkan oleh Jake Gyllenhaal.

[Video] Trailer Filem Spider-Man: Far From Home 2

Kalau dilihat dalam teaser trailer Spider-Man: Far From Home, korang kena tengok sut terbaru Spider-Man yang berwarna hitam dan merah dan bukan seperti sebelum ni berwarna biru dan merah.

Michael Keaton, Jon Favreau, Zendaya, Marisa Tomei, Cobie Smulders, Samuel L Jackson,  Jacob Batalon, Tony Revolori, Angourie Rice, and Hemky Madera semua kembali untuk menjayakan filem Spider-Man: Far From Home ini

Tags:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.