Single Pertama Shalma Eliana Dapat Sentuhan Malique

Siapa tak kenal dengan Malique, penyanyi rap dan juga komposer tersohor negara. Sudah menghasilkan banyak karya yang begitu hit, kini Malique kembali dengan karya terbaru. Bukan untuk lagunya sendiri, Malique mengunakan idea kreatifnya untuk menghasilkan single pertama penyanyi baru Shalma Eliana.

Janji Terindah nyanyian Shalma Eliana mendapat sentuhan magis Malique bersama Dedeq. Lagu yang sangat ceria melodinya itu sudah pun dimuat naik ke laman YouTube dan lain-lain lagi. Malah, muzik video nyanyian Shalma Eliana itu sudah mendapat 12,000 tontonan walaupun baru tiga hari dilancarkan.

Shalma Eliana, gadis yang berusia 18 tahun itu berkata Malique seorang yang sangat tenang dan banyak membantunya dalam proses pembikinan lagu tersebut.

Janji Terindah boleh didengari di seluruh platform digital seperti Joox, Spotify, Apple Music,KKBox dan youtube channel @ShalmaElianaVivo.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.