, ,

Siapa Sangka Anjing Berkurap Ini Sebenarnya Sangat Cantik


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Saban hari, kita banyak mendengar kisah mengenai penganiyaan haiwan jalanan. Haiwan didera, diabaikan dan diperlakukan kejam oleh manusia. Kes penderaan kejam terhadap haiwan ini juga memang berlaku di mana-mana pelusuk dunia. Ada satu kisah mengenai haiwan jalannan yang sangat menarik hati di Bulgaria. Kisah ini berlaku pada tahun 2014. Walaupun 2 tahun berlalu, namum kisah ini memang patut dikongsikan bersama untuk memberi inspirasi kepada masyarakat.

Pada 12 Mei 2014, Rudozem Street Dog Rescue telah menerima pesanan melalui Facebook mereka bertanyakan samada jika mereka boleh menyelamatkan haiwan di bandar yang lain. Haiwan itu adalah anjing yang diberikan nama Khalessi. Khalessi berada dalam keadaan yang sangat teruk, berkurap dan dipenuhi dengan kutu di seluruh badan. Malah, bulunya juga sudah hampir tiada. Rudozem Street Dog Rescue adalah organisasi sukarelwan di Bulgria yang menyelamatkan anjing and kucing jalanan dari kehidupan penderaan dan membantu mereka untuk mencari tempat tinggal yang selamat.

Khaleesi 1
Khaleesi sewaktu dijumpai di jalanan
Khaleesi 4
Khaleesi sangat manja apabila disapa oleh Tony

 

Menurut Tony dan Diane, keadaan Khalessi sewaktu itu memang sangat menyedihkan. Selain daripada dipenuhi kutu, telinga dan kakinya juga tercedera. Tony dan Diane membawa pulang Khalessi ke rumah mereka. Memandangkan Rumah Perlindingan Rudozem mereka telah penuh, Tony & Diane menempatkan Khalessi di dapur rumah mereka. Perkara pertama yang mereka lakukan pada Khalessi adalah memandikan, dan memberikan ubat kepada anjing jalanan itu. Ubat khas juga diberikan untuk memastikan kulit mati di badan Khalessi akan dapat ditanggalkan sewaktu mandi.

Khaleesi 5
Khaleesi sudah selamat di rumah perlindungan

Khaleesi 6

Memandangkan Khalessi masih dalam keadaan tidak setabil, Khalessi telah dibawa ke klinik haiwan untuk pemeriksaan lebih lanjut. Ujian darah dilakukan, proses membuang kutu-kutu kecil juga dilakukan. Kaki Khalessi yang tercedera juga sudah diubati dan dirawat. Menariknya adalah, menurut Tony dan Diane, Khalessi memang sangat menjaga perangainya. Ia duduk diam sepanjang proses rawatannya di klinik haiwan.

Khaleesi 8
Khaleesi di sesi rawatan

Khaleesi 7

Sejak itu, Khalessi telah dijaga dengan rapi. Hari semakin hari, Khalessi telah menunjukkan perkembangan yang sangat baik. Ia bergaul mesra dengan anjing-anjing yang lain di Rudozem Street Dog Rescue dan sangat manja dan setia. Bulu di badannya juga makin lama makin memenuhi kembali tubuhnya. Hari berganti hari, Khalessi telah menjadi anjing yang sangat cantik dan riang. Siapa Sangka Anjing Berkurap Ini Sebenarnya Sangat Cantik kini.

Khaleesi 9
Keadaan Khaleesi 19 selepas diselamatkan.
Khaleesi 10
Bulu Khaleesi semakin banyak
Khaleesi 11
Khaleesi selepas setahun diselamatkan
Khaleesi 2
Gambar Khaleesi yang terkini

Untuk yang mahu terus membaca kisah Khalessi, boleh ikut Facebook Rudozem Street Dog Rescue. Moga amalan mereka ini mampu memberi inspirasi kepada orang lain untuk berbuat baik sesama manusia dan haiwan.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *