Advertorial

Senarai Top 18 Finalis Miss Universe Malaysia

Pertubuhan Miss Universe Malaysia (MUMO) mengumumkan senarai finalis Miss Universe Malaysia 2018 di Pavilion Kuala Lumpur. Pencarian ini akhirnya tamat selepas siri ujibakat yang diadakan di seluruh negara untuk mencari bakat yang boleh mewakili semua nilai dan sifat Miss Universe Malaysia ke pentas dunia.

Pengarah Kebangsaan MUMO, Datin Elaine Daly berkata, “Selepas pencarian menyeluruh di seluruh negara, kami berjaya menyenaraikan 18 wanita muda yang cantik, cerdas dan berjaya mengagumkan kami. Walau bagaimanapun, hanya seorang yang akan dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2018 dan dengan bangga akan mewakili negara kita
di pentas antarabangsa.”

Daripada 50 orang finalis, kini ia telah disenarai-pendek ke top 18 sahaja. Berikut adalah senarai top 18 finalis Miss Universe Malaysia.

  1. Alexis SueAnn Seow Su-Yin, 22, Selangor
  2. Asha Kaur Ranjit Singh, 24, Kuala Lumpur
  3. Charlotte Tan Bee Theng, 24, Perak
  4. Charmaine Chew Qi En, 20, Kuala Lumpur
  5. Jaipreet Kaur Dhillon, 23, Kuala Lumpur
  6. Jane Teoh Jun, 20, Penang
  7. Jasebel Shalani Robert, 22, Kuala Lumpur
  8. Jessy Gantle, 23, Sarawak
  9. Kaayathri Pramasivam, 25, Kuala Lumpur
  10. Kirsten Wong Yee Mun, 22, Kuala Lumpur
  11. Liliana Fernandez, 20, Kuala Lumpur
  12. Lysandra Gabriel Storie, 20, Sarawak
  13. Maria Devonne Escobia, 24, Kuala Lumpur
  14. Mellisa Wong Yi Sheong, 22, Selangor
  15. Nathasha Aprilla J.S. Benggon, 23, Sabah
  16. Sabrina Thevy Arumugam, 25, Selangor
  17. Shahraswaty a/p Nesaretnam, 21, Selangor
  18. Shannen Jade Totten, 23, Kuala Lumpur

 

“Tema Miss Universe Malaysia 2018 adalah “Beauty Beyond You” yang merangkumi minat, dedikasi dan semangat yang diberikan pada pertandingan ini, di mana wanita-wanita muda yang datang dari seluruh negara mempamerkan semangat dan dedikasi mereka untuk berjaya. Ini adalah lebih dari sekadar pertandingan ratu cantik, saya boleh berikan anda jaminan tentang itu.” ujar Datin Elaine Daly lagi.

Host untuk Miss Universe Malaysia 2018 adalah Kimberley Leggett iaitu pemenang Miss Universe Malaysia 2012. Buat pertama kalinya juga Miss Universe Malaysia 2018 juga akan bekerjasama dengan ZALORA sebagai penaja rasmi.

Kesemua 18 finalis Miss Universe Malaysia 2018 akan berada di kem khas di mana mereka akan menjalani sesi latihan yang merangkumi aspek pelbagai aspek. Perjalanan suka duka 18 wanita muda ini juga akan dirakam dan ditayangkan di 20 webepisode di www.hurr.tv bermula Disember akan datang. Penonton juga boleh saksikan kisah Miss Universe Malaysia 2018  di saluran Astro DIVA.

Keputusan akhir tentang siapakah yang akan memegang gelaran Miss Universe Malaysia 2018  akan dketahui pada 24 Januari 2018 di Hotel Majestic Kuala Lumpur. Sebagai pemenang, gadis yang bertuah itu akan mewakili Malaysia ke Miss Universe peringkat antarabangsa. Selain itu, dia juga akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000, barangan tajaan berjumlah RM150,000 dan biasiswa pendidikan daripada Universiti HELP.

Untuk maklumat lanjut tentang Miss Universe Malaysia 2018 anda boleh layari www.missuniversemalaysia.com.my

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top