Selepas Dua Lipa bergabung dengan Blackpink, Kini Yuna Pula Ingin Kolaborasi Bersama BTS?

Bagi mereka yang mungkin kurang mengemari kpop, artikel ini mungkin tidak sesuai dengan korang tapi untuk pengetahuan korang pengaruh kpop ini mungkin terlalu kuat sehinggakan artis ingin membuat lagu kolaborasi bersama artis kpop.

Jika sebelum ini kita tahu yang Dua Lipa ada buat lagu bersama dengan Blackpink, ala takkan tak kenal Blackpink yang du du du du tu..

dan lagu ini dah pun masuk Billboard’s Hot 100 buat kali kedua, yelah kali pertama mesti dengan lagu Du Du DU Du tu kan. So memang aura kpop ni sangat kuat, sampai fans dia boleh menangis darah kalau salah sorang artis kpop yang mereka minat tu meninggal dunia kan.

Cukup pasal Blackpink sebab kita nak cerita pasal satu berita menarik yang dikongsi oleh Yuna di laman twitter beliau

Setakat sekarang, tweet ni telah mendapat 3k retweet dan mengundang pelbagai respon dari peminat BTS dan juga peminat Yuna itu sendiri.

Berdasarkan tweet Yuna ini, dia punya rancangan untuk berkolaborasi dengan BTS untuk tahun 2019 tapi adakah ini masih dalam perancangan atau Yuna dan BTS sudahpun mencapai kata putus untuk berduet? Masih jauh lagi untuk meneka sama ada ia akan menjadi realiti or hanya sekadar perancangan.

Sama-samalah kita tunggu tahun hadapan okay? So nak tanya korang lah kan, kalau bukan BTS siapa artis atau band kpop yang korang rasa Yuna patut kolaborasi?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.