Sehari Cecah 200 Ribu Tontonan, Temberang Ayda Jebat Menjadi?

Selepas 24 jam dimuatnaik di youtube, Muzik Video lagu Temberang nyanyian Ayda Jebat sudah mengumpul hampir 300 ribu tontonan setakat ini.

Ayda Jebat Temberang

Lagu berentak pop moden ini merupakan kerjasama antara Hael Husaini Ezra Kong dan Ayda Jebat sendiri yang mendapat sentuhan dangdut ditambah dengan rentak muzik timur tengah. Idea menyatukan semua elemen muzik ini adalah untuk mengetengahkan muzik asli melayu tetapi diserikan dengan sentuhan muzik pop antarabangsa.

Ayda Jebat Temberang

Melalui lagu ini, Ayda mengetengahkan nilai kejujuran dan ketelusan dalam kehidupan. Muzik video Temberang diserikan dengan kekuatan warna, tarian dan idea moden dari Kpop seiring dengan muzik video Ayda yang sebelum ini. Muzik video Temberang dibawakan khas dengan kolaborasi bersama Hotlink, Mudah dan Gintell.

Kami yang menghadiri Majlis Pelancaran Lagu Temberang ini amat teruja kerana kami melihat Ayda Jebat semakin improve dalam nyanyian live beliau, mungkin ini kerana beliau sering dikritik tidak mampu menyanyi live dengan baik.

Namun Ayda Jebat ambil semua kritikan itu dan membalasnya dengan pergi ke kelas vokal untuk improve kelemahan beliau dan buktikan pada netizen yang beliau mampu menyanyi dengan baik ketika live.

Siapa berani menari lagu Temberang, upload video dekat instagram dengan hashtag #Temberang#TemberangFever sekarang! Ada hadiah special Ayda Jebat nak bagi korang. Join lah okay! 

Kepada Ayda Jebat, tahniah kerana berjaya viral dengan lagu Temberang ni, tak sabar nak tunggu album dan juga produk baru Ayda keluar!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.