,

#SayNo2Scars Memberi Penyelesaian Kepada Masalah Parut Jerawat


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Semua orang pernah ada jerawat, tak kisah lah lelaki ke perempuan. Kadang-kadang ia sebab genetik dan ada juga sebab pemakanan yang tidak sesuai dengan kulit muka.

Namun kadang-kadang ada yang diantara kita ambil sambil lewa tentang jerawat yang dah dipecahkan sehinggakan ia meninggalkan parut di muka dan nampak sedikit jelek di situ.

Namun jangan risau, sebab baru-baru ni satu jenama terkemuka iaitu Hiruscar Post Acne telah melancarkan satu kempen kesedaran tentang bagaimana nak mencegah parut jerawat dan nak mengalakkan lagi orang kita untuk mengawal masalah kulit mereka.

Kempen yang diberi nama ‘#SayNo2Scars’ yang memberi fokus kepada pencegahan jerawat dan pengurusan parut yang betul untuk membantu rakyat Malaysia memahami masalah kulit mereka dengan lebih baik

Sebenarnya ramai yang tidak tahu bagaimana nak macam mana nak hilangkan atau selesaikan masalah parut Jerawat, jadi mereka harap dengan adanya kempen ‘#SayNO2Scars’, mereka dapat mendidik rakyat Malaysia untuk memahami bagaimana parut jerawat terbentuk dan berkongsi maklumat mengenai rawatan yang mudah dan berkesan untuknya kerana kami ingin membantu mereka mengurangkan penampilan tompok gelap dan parut jerawat serta meningkatkan keyakinan diri mereka. 

Untuk menghilangkan parut, rakyat Malaysia perlu mengetahui bagaimana parut jerawat terbentuk dan rawatan-rawatan yang ada untuknya. Dr. Lim Ing Kien, Pengasas Medi-I Skin Studio menerangkan bahawa “Parut jerawat muncul akibat jerawat yang teruk. Walaupun sesetengah parut selepas jerawat yang ringan boleh hilang sendiri, tompok gelap dan parut jerawat selepas jerawat yang sederhana atau teruk biasanya perlu dirawat.

Parut-parut ini mungkin berbeza bentuk dan saiz dan biasanya muncul pada waktu yang sama. Langkah pertama dalam rawatan parut jerawat adalah mengenal pasti jenis parut jerawat tersebut kerana jenis parut yang berbeza mempunyai rawatan yang spesifik untuknya. Anda perlu memilih rawatan yang paling sesuai untuk masalah parut anda bagi mendapatkan hasil yang optimum.”

Dr. Ch’ng Chin Chwen, Pakar Runding Dermatologi dari Pusat Perubatan Universiti Malaya menerangkan bahawa “Kadar prevalens jerawat pada muka adalah kira-kira 67.5% di kalangan golongan muda di Malaysia dengan trend yang semakin meningkat selari dengan peningkatan umur. Masalah ini sangat kerap berlaku, namun ramai yang mungkin tidak faham bahawa tanpa penjagaan kulit dan rawatan yang betul, ia mungkin membawa kepada masalah tompok gelap serta parut yang kekal.”

Hiruscar Post Acne, dengan formulasi 3 dalam 1 yang unik telah terbukti sangat berkesan untuk mencerahkan tompok gelap, mengurangkan kemerahan selepas jerawat sembuh, memperbaiki penampilan parut jerawat yang dalam, serta mengekalkan kesihatan kulit yang cenderung kepada jerawat. Gel ini adalah 100% antibakteria dan diformulasi khas supaya mudah dan cepat diserap ke dalam kulit serta menguatkan kulit yang licin.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen ‘SayNo2Scars’, layari laman Facebook rasmi Hiruscar di https://www.facebook.com/Hiruscar.Gel.Malaysia/ atau laman web rasmi Hiruscar di www.hiruscar.com.my.

 

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Shepherd

Penjaga Kambing yang suka bergosheep.
90% Sheep & 10% Shepherd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *