, , ,

“Saya dan Zizan Sudah Tiada Ikatan Istimewa” – Emma Maembong


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Sejak akhir-akhir ini ada je gosip-gosip mengenai Emma Maembong dan Zizan Razak, hari ni putus cinta tetiba esok lusa dah okay, namun adakah itu sekadar drama atau memang Emma dan Zizan sudah tiada apa-apa lagi dengan Zizan?

Semalam Zizan dan Emma tidak kelihatan di Tayangan Perdana Werewolf dari Bangladesh sedangkan mereka berdua adalah watak utama dalam filem tersebut dan hanya Saiful Apek yang kelihatan hadir malam semalam, adakah ia ada kaitan dengan masalah yang melanda Emma Maembong dan Zizan Razak?

Zizan Razak dan Emma Maembong

Namun jawapan yang keluar dari mulut Emma Maembong ini mungkin jawapan kepada semua persoalan yang bermain di dalam minda peminat-peminat mereka,

“Secara jujurnya, saya dengan Zizan memang sudah tidak ada apa-apa lagi hubungan. Tapi itu tak bererti saya terus memutuskan persahabatan dengannya. Dunia hiburan ini kecil, balik-balik akan jumpa orang yang sama.

“Sebab itu saya masih dilihat menemani atau bersamanya dalam acara hiburan. Tapi itu tak bererti saya dengan dia sudah berbaik semula.

“Benar memang orang suka dan doakan kami akan hidup bersama. Saya pun suka dengan situasi itu. Sudah dua tahun kami bercinta.

“Tapi takkanlah saya sewenang-wenangnya nak minta putus daripadanya. Mesti ada sebab. Tapi cukuplah saya pendam semuanya. Biarpun begitu orang masih beranggapan saya meninggalkannya masa dia (Zizan) susah dan cuba mengaibkannya,” katanya.

 

Zizan Razak dan Emma Maembong1

Menurut Emma, beliau sebenarnya masih sayangkan Zizan cuma jodoh tak panjang untuk melihat kedua-duanya ke pintu gerbang perkahwinan.

“Sejujurnya apabila kami putus, ramai yang nampak seperti saya jahat dan tak kurang menganggap saya berkelakuan seperti budak-budak. Tak kisahlah apa orang nak cakap. Saya tak mampu memuaskan hati orang di luar sana.

“Biasalah orang di luar sana juga pantas menghukum dan menuding jari. Tak semestinya yang berdiam selama ini atau sebaliknya betul.

“Begitu juga sebaliknya. Orang di luar sana tak tahu apa yang terjadi antara kami. Hanya kami yang tahu segala-galanya.

Inilah jawapan yang Emma berikan kepada BH Online apabila soalan mengenai status beliau dengan Zizan Razak. Persoalannya, apakah jawapan yang diberikan oleh Emma ini benar? apa pulak yang keluar dari mulut Zizan Razak apabila soalan ini diberikan kepadanya?

Zizan Razak dan Emma Maembong2

Setakat ini, hanya Emma Maembong sahaja yang menjawab persoalan tentang hubungan beliau dengan Zizan, mungkin dalam masa terdekat bila Zizan sudah bersedia, dia akan cuba menjawab semua persoalan, yelah dia sekarang busy mempromosikan filem CicakMan kan, jadi sama-samalah kita nantikan jawapan dari Zizan Razak.

sumber : BH Online

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Shepherd

Penjaga Kambing yang suka bergosheep.
90% Sheep & 10% Shepherd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *