Sah! New Girl Group dari YG Entertainment.

Sah! New Girl Group dari YG Entertainment.

YG Entertainment mengesahkan tentang kemunculan kumpulan wanita baru dari agensi itu.

Pada 27 Februari, SPOTV News melaporkan bahawa agensi terkenal tersebut sedang dalam proses untuk memperkenalkan kumpulan wanita baru. Kumpulan tersebut dijangka akan membuat penampilan pada pertengahan akhir 2020.

YG Entertainment dilaporkan sudah memuktamadkan ahli-ahli kumpulan tersebut dan sudah menandatangani kontrak bersama ahli-ahli.

“Benar kami sedang dalam perancangan kemunculan kumpulan wanita baru. Segala maklumat lebih lanjut akan didedahkan melalui saluran rasmi nanti”

– YG Entertainment.

Menurut agensi itu juga mereka sekarang menumpukan fokus kepada persediaan album baru untuk kumpulan BLACKPINK dan WINNER.

YG Entertainment juga sedang dalam persiapan untuk kemunculan pertama kumpulan lelaki terbaru, TREASURE tahun ini.

Sumber: Soompi

Posts created 5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top