Robin Hood 2018 – Filem Ini Tidak Sebaik Mana Yang Kita Anggap

Artikel Filem Review ini ditulis oleh Khaidir Shahri

Watak utama filem-filem Spiderman kebelakangan ini dihasilkan dari usia Dewasa, Remaja, & Muda. Mungkin semata ingin menarik minat penonton muda yang semakin agresif menonton atau mengkritik filem-filem masa kini.

Jadi, filem-filem Robin Hood juga mengambil kesempatan yang sama, kalau dulu kita ada Kevin Costner & Russel Crowe yang membawa watak Robin Hood didalam lingkungan usia yang agak sama. Now kita ada mamat muda kononnya hot dimata wanita, iaitu Taron Egerton. 😛

So kat sini aku nak kongsi pengalaman aku menonton bersama isteri yang cukup teruja,walaupun kritik dah berikan rating film ini 11/100% 😅

Robin Hood 2018

INTRO

Jam pertama film ini dah menunjukkan mood romantik yang agak mempersona untuk mendekatkan penonton tentang cinta sejati si Robin Of Loxley, hingga membuatkan isteri aku tersenyum sipu. 😝

Disusuli dengan olahan scene war panahan yang bagi aku sendiri cukup padu & brutal. Lebih-lebih lagi soundFX arrow dalam film ini, hinggakan isteri aku menjerit keterujaan. 😅

KONFLIK

Robin Hood 2018

Bila permulaan film pun dah ketengahkan mood romantik, sudah pasti olahan konfliknya adalah berkenaan Cinta. Kalau konfilk cinta? Pasti ada isu cinta tiga segi? So twist mengenai plot tersebut cukup mengejutkan isteri aku. Dengan aku sekali terkejut.. haha.. sedih woo.. 😭

PEMBINAAN PLOT & AKSI

Teknik latihan & juga rompakan yang dilakukan film Robin Hood kali ini agak lebih unik dan mengunakan setup Kota berbanding Hutan seperti filem-filem sebelum ini.

Olahan tektikal rompakan secara berdua sahaja, juga mampu memberikan mood cemas pada isteri aku dan juga aku. 😱
Scene yang paling menarik minat aku adalah scene kejar mengejar mengunakan kuda yang banyak didalam Kota yang cukup sempit. Respect pada production team yang hasilkan scene tersebut. 💪

Robin Hood 2018

KESIMPULAN

Film ini dihasilkan mungkin untuk lari sedikit dari konsep asal filem-filem sebelum ini yang agak serius & dark, jadi film ini lebih unik untuk ditonton dari sisi tontonan ringan. Tak sabar nak layan sequelnya.

Dan last…
Apa yang aku belajar & fahami, kadang-kadang bila kita lebih menghargai sesebuah film yang diminati orang lain & menontonnya secara minda yang terbuka, Ianya mampu menghiburkan tontonan kita,walaupun kadang-kadang realitinya film ini tidak sebaik mana yang kita anggap.

So kesimpulannya hargailah minat orang lain, serius korang akan terhibur. Heheh!
Harap ada yang baca pendapat santai aku nie hehe..

Selamat menonton!
Rating isteri : 9/10
Rotten : 11/100%
Aku : isteri suka.. aku suka.. hahaha!

P/s : isteri aku nie jenis suka layan movie-movie ringan ja, yang berat dia akan stress.. tapi realitinya bila dia layan movie berat, dia jugak la paling cepat faham dari aku.. contoh terdekat Interstellar huhu.. jangan pandang rendah kelompok penonton seperti ini, dieorang saja taknak pening kepala layan movie.. moviekan untuk release tension. Haha

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.