RM100 ribu Dihabiskan Untuk Hasilkan Muzik Video It’s a Trap – Raja Syahiran

Baru-baru ini Raja Syahiran baru sahaja melancarkan lagu baru beliau yang bertajuk It’s a Trap. Yang mengejutkan beliau menghabiskan RM100,000 hanya untuk menjadikan muzik video ini mengikut apa yang beliau mahukan.

Untuk yang masih tidak tahu, Raja Syahiran sendiri yang mengarahkan muzik video ini dan dibantu oleh team production The Malaya hanya untuk mendapatkan hasil yang beliau sendiri puas hati.

Kalau korang tengok muzik video It’s a Trap ini, lihat saja penari dan choreography yang amat teliti kerana penari yang digunakan dalam muzik video ini bukanlah penari yang biasa-biasa, tapi terdiri dari penari yang profesional dan kesemua 15 orang penari dalam muzik ini menari bukan sekadar prop dan extra.

Selain dari itu, korang boleh tengok beberapa trick dalam muzik video ini iaitu

1. One shot

kalau korang tengok minit 1.36 korang akan tengok kamera ikut pergerakan penyanyi, ini dilakukan secara one shot, takde cut-cut. Scene ini agak susah tapi mereka dapat buat dengan baik sekali.

2. Tukar scene dari satu tempat ke satu tempat

Nampak macam senang kan? tapi sebenarnya nak buat tracking ni lagi susah tau..budak-budak motion je tau benda ni.

3. Mirror Trick

sebenarnya idea ini datang secara sponton, selepas Syahiran melihat trick ini di youtube, bawah ni video yang menjadi reference beliau

Mungkin ramai yang tak perasan mengenai trick-trick ni kerna mungkin hanya ingin melihat penyanyi dan mendengar lagunya sahaja, namun itulah yang Raja Syahiran mahukan, dia mahu satu muzik video yang diteliti secara menyeluruh bukan sekadar penyanyinya dan lagu sahaja.

Jadi kalau korang belom tengok lagi muzik video It’s a Trap ini, korang bolehlah tengok kat youtube sekarang!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.