, , , ,

Review Filem : Pitch Perfect 2


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Siapa kat sini peminat Pitch Perfect? Seperti yang anda semua tahu, Pitch Perfect telah pun berjaya menjadi kegilaan anak muda pada tahun 2012. Ramai yang memberikan respon yang baik dan berkata tidak sabar untuk menunggu Pitch Perfect 2 yang akan datang! Ya, saat yang dinanti sudah tiba! Pitch Perfect 2 akan ditayangkan di pawagam pada 14 Mei ini! Mesti full house kan sebab banyak sebab dan perkara peminat Pitch Perfect tak sabar nak tunggu!

PERHATIAN : Jangan baca kalau anda masih belum menonton Pitch Perfect 2!

Pitch Perfect 2

Pada hujung minggu lepas, team Ehgosheep dah menonton siaran awal Pitch Perfect 2 dan apa komennya? Jom baca review filem Pitch Perfect 2 di bawah!

Sinopsis Pitch Perfect 2 :

Selepas menjuarai pertandingan selama tiga tahun berturut-turut, Barden Bellas kini menjadi pujaan ramai dengan tiap nyanyian acapella dan tarian mereka. Namun, selepas kejadian yang memalukan dihadapan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dan ribuan penonton, The Bellas kini mengalami dugaan dan cabaran. The Bellas kini telah dihalang untuk menyertai mana-mana pertandingan acapella peringkat Universiti dan konsert jelajah mereka juga telah digantikan dengan kumpulan acapella lain iaitu Das Sound Machine. Berperang dengan pengurusan masa dan emosi antara minatnya mahu menjadi penerbit muzik dan juga ketua The Bellas, Beca kini mempunyai misi yang lebih penting untuk memimpin Barden Bellas untuk memenangi Kejohanan Antarabangsa di Copenhagen. Mampukah Barden Bellas menjadi juara sekaligus menutup kesalahan yang lalu?

Filem yang diarahkan oleh Elizabeth Banks ini memang tidak boleh dibandingkan dengan Pitch Perfect pertama. Kenapa? Kerana kedua-duanya mempunyai kekuatan sendiri dan memang best habis! Jika Pitch Perfect 2012, plot ceritanya lebih kepada memperkenalkan karektor di dalam filem tersebut, dimana kedudukan Barden Bellas dan kekuatan mereka, Pitch Perfect 2 pula menampilkan sisi lain. Kali ini, Pitch Perfect 2 lebih memfokuskan kepada Barden Bellas itu sendiri. Tiada kisah cinta Beca-Jesse yang melarat, tiada masalah emosi Beca, dan tiada Trebelemakers yang cuba bersaing. Di siri kedua ini, Pitch Perfect memfokuskan isu Barden Bellas yang mungkin sudah selesa dengan kedudukan mereka sehingga tidak sedar, mereka sudah hilang keserasian vokal. Ini membuatkan Pitch Perfect 2 lebih menarik kerana tiada isu yang tidak bekenaan.

2f1ed624__Caption.xxxlarge_2x

Jika anda masih ingat dengan babak Riff Off pada Pitch Perfect 2012, ya, pertandingan riff off kembali pada Pitch Perfect 2! Diubah sedikit konsepnya, ya bukan lagi di dalam Universiti Bardens, pertandingan riff off kini lebih menarik dan mencabar. Pastinya babak riff off ini tetap akan menjadi kegemaran ramai peminat Pitch Perfect! Untuk filem kedua ini juga, hubungan antara The Bellas kini semakin rapat dan serasi. Elemen persabahatan dan sisterhood memang ditunjukkan dan sekaligus membuatkan filem ini lebih menarik.

pitch perfect v2

Padat dengan nyanyian acapella yang menghibur serta lawak yang sangat mengelikan hati, Pitch Perfect 2 sememangnya dicipta khas untuk mereka yang mahu menonton filem yang santai dan menghiburkan. Apa yang lebih menarik dalam Pitch Perfect 2 adalah kemunculan ahli-ahli baru Barden Bellas iaitu, Emily lakonan Hailee Steinfeld dan Flo lakonan Chrissie Fit. Kedua-dua watak ini memang meninggalkan impak pada filem ini dan bukan sekadar watak tempelan. Pada peminat Fat Amy, dalam Pitch Perfect 2 anda akan menyaksikan bagaimana Fat May bermain tarik tali dengan Bumper. Comel sungguh mereka berdua di dalam filem ini. Dan masih ingat lagi watak Benji? Ahli Treblemakers yang gemar bermain silap mata itu kini wataknya dikembangkan dari seorang ahli acapella biasa kepada lelaki yang memberanikan diri untuk membuat pengakuan cinta.

Terlalu banyak benda best dalam Pitch Perfect 2 ! Anda perlu tonton ianya sendiri!

Ehgosheep rating : 9.5/10

PitchPerfect4

Cepat book seat di pawagam yang berdekatan dan saksikan kehebatan Pitch Perfect 2!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *