, , , , ,

Review Filem : Pilot Cafe


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Siapa yang sudah sempat menyaksikan filem terbaru Pilot Cafe? Walaupun agak terlewat, tapi team kami sempat menyaksikan filem ini di tayangan bersama peminat yang dianjurkan oleh Fahrin Ahmad pada minggu lepas. Semoga dimurahkan rezeki kepada pelakon yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan ini.

Filem Pilot Cafe yang diarahkan oleh Osman Ali ini adalah adaptasi daripada novel yang ternama tulisan Ahadiat Akashah. Filem terbitan Tarantella Pictures dan Astro Shaw ini dibarisi oleh pelakon hebat iaitu Fahrin Ahmad, Neelofa, Izara Aishah, Remy Ishak dan ramai lagi. Berdurasi selama 92 minit, Pilot Cafe memang penuh dengan emosi dan elemen sedih. Apa-apa hal, jom kita saksikan dulu trailer filem ini.

Berdasarkan dari trailer filem ini sahaja, sudah jelas yang filem ini memang sarat dengan mainan emosi dan jiwa Ameer (Fahrin Ahmad), Maya (Izara Aishah) dan Sharmila (Neelofa). Bagaimana kisah hidup mereka saling berkait dan merubah haluan hidup masing-masing. Jom baca sinopsis cerita ini.

Pilot Cafe mengisahkan seorang juruterbang bernama Ameer Reeza (Fahrin Ahmad) jejaka kacak yang menjadi kegilaan wanita. Dengan kekacakan yang dimilikinya, Ameer menggunakan peluang itu sebaiknya untuk menjadi seorang playboy dan kaki perempuan. Sharmila (Neelofa), seorang pramugari cantik berjaya mencuri tumpuan Ameer. Bagi Ameer, perasaannya pada Sharmila sedikit berlainan dibandingkan dengan wanita yang pernah dia tiduri. Ameer meniduri Sharmila sehingga menghasilkan benih, dan Ameer hidup dalam penafian apabila memaksa Sharmila mengugurkan kandungan tersebut. Kecewa dengan Ameer, Sharmila membawa diri. Pekerjaan Ameer sebagai juruterbang terhenti bila mana insiden kapal terbang terhempas menimpa kawan baiknya, Haris (Keith Foo). Insiden yang menakutkan itu membuatkan dirinya berhenti sebagai pilot dan mengubah haluan kerjayanya. Ameer membuat keputusan untuk membuka sebuah kafe yang diberi nama Pilot Cafe. Di Pilot Cafe itu, Ameer menemui cinta hatinya. Maya (Izara Aishah), seorang gadis naïf dan tinggal di kampung telah ditipu oleh kekasihnya, Rashid (Remy Ishak). Selepas mengetahui Maya mengandung, Rashid mengelak diri dari memikul tanggungjawab itu. Maya yang tidak mahu memalukan ibu dan ayahnya telah lari ke Kuala Lumpur dan tanpa disangka dia ditipu sekali lagi oleh pemandu teksi yang cuba mengambil kesempatan darinya.Namun Maya melarikan diri dan sampai di Pilot Cafe. Di situlah bermulanya perkenalan antara Maya dan Ameer. Kasihan melihat nasib yang menimpa Maya, Ameer memberikan perlindungan dan tempat tinggal buat Maya sehingga dia melahirkan anak. Bagaimana kisah Maya merubah kisah Ameer? Adakah Ameer dapat melupakan Sharmila?

Semua itu anda boleh saksikan sendiri di dalam Pilot Cafe.

Pilot Cafe 4

Ulasan kami, Pilot Cafe memang banyak mengunakan kaedah imbas kembali atau throwback yang mungkin akan memeningkan anda jika anda tidak fokus kepada filem ini. Namun, mutu lakonan kesemua pelakon utama memang tidak boleh dinafikan kehebatannya. Fahrin Ahmad berjaya membawa watak lelaki kasanova yang sudah berubah ke pangkal jalan dan Izara Aishah, watak gadis kampung yang naif memang berjaya dibawa dengan mudahnya. Tiap dialog naif dari Izara memang tidak kedengaran janggal dan sungguh real. Walaupun tidak muncul dalam banyak babak, Remy Ishak dan Neelofa memang berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dalam kisah Pilot Cafe ini. Watak Sharmila seorang gadis kota yang masih percaya dengan cinta sejati memang sangat sesuai dengan Neelofa. Masih teringat dialog Neelofa yang berbunyi “What you give, you get back. Satu hari awak akan sedar betapa duit tidak boleh beli cinta” yang diucapkan kepada Ameer.

Pilot Cafe 2

Pilot Cafe 3

Secara keseluruhannya, filem Pilot Cafe ini memang penuh dengan babak Maya bermain air mata (serius banyak) dan bagaimana kisah mereka menjadi menarik dengan cinta empat segi mereka.

Ehgosheep rating : 3/5.

Peminat novel Ahadiat Akashah jom saksikan filem ini sama-sama di pawagam!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *