, , ,

Review Filem : Love Supermoon


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Sudah lama rasanya tidak menonton filem romantik komedi yang sungguh santai dan menghiburkan. Bila kerap disajikan dengan filem aksi ganas dan ngeri, sekali sekala mahu juga santai dan tenang menonton wayang. Love Supermoon, filem baru romantik komedi terbitan dan edaran Grand Brilliance mungkin sesuai untuk anda yang mahukan filem santai. Dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Farid Kamil, Nadiya Nisaa, Rita Rudaini, Zain Hamid, Anne Ngasri dan ramai lagi, Love Supermoon memang berjaya membuatkan para penonton terhibur.

Love Supermoon 1

Filem ini yang sudah menjalani pengambarannya tiga tahun lepas berkisarkan tentang konsep “kalau dah jodoh tak kan kemana” ini adalah hasil garapan Wan Hasliza Wan Zainuddin. Love Supermoon sudah mula ditayangkan sejak 22 Oktober yang lepas.

Filem komedi ini mengisahkan tiga rakan baik sejak dari bangku sekolah lagi iaitu Triz, Tiha dan Nina yang suka bergosip tentang kehidupan Razak yang merupakan seorang doktor. Razak juga berteman baik dengan Sulayman yang merupakan abang angkat kepada Nina, yang kemudiannya menjadi isterinya. Razak telah berkahwin dengan seorang pramugari bernama Nora, tetapi perkahwinan mereka tidak berpanjangan. Triz pula sering bernasib malang dalam soal percintaan bila asyik bertemu dengan lelaki yang tidak menghargainya. Triz dan Razak saling mengenali antara satu sama lain tetapi tidak pernah sempat untuk berkenalan dengan lebih rapat. Tapi apabila mereka berpeluang menjadi rapat, tiba-tiba hal lain pula muncul…

Love Supermoon 3

Love Supermoon 4

Ulasan kami mengenai filem Love Supermoon ini ia sememangnya sangat santai dan kelakar. Apa yang membuatkan Love Supermoon ini seronok ditonton adalah filem ini memang mengambar kisah sebenar manusia normal di muka bumi ini. Kisah dua manusia yang jumpa-pisah-jumpa-pisah ini memang benar terjadi dan pernah dirasai sendiri oleh sesetengah orang. Ini membuatkan filem ini sangat dekat dengan jiwa penonton. Selain itu, tiap ragam dan aksi watak dalam filem ini memang menunjukkan ragam manusia seharian. Selain itu, apa yang membuatkan filem ini patut dihargai adalah segala pakaian dan gadget yang digunakan adalah betul mengikut garis masa filem ini.

Secara keseluruhannya, filem Love Supermoon ini memang seronok dan menghiburkan. Untuk pasangan yang sedang bercinta, eloklah bawa pasangan masing-masing menonton filem ini.

Ehgosheep rating : 4/5.

Jom layan OST #LoveSupermoon nyanyian Yuka Kharisma. Comel sungguh lagu ini!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *