,

Resipi Ayam Butter


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Hello, siapa pernah makan dekat ‘Gold Chillis’ ? Mesti semua mengidam nak makan ayam butter diaorang kan ?

Tapi disebabkan kedai tu selalu sangat full table, jadi ramai juga yang balik dengan muka hampa dan perut berkeroncong.

Oh well fear not my friend as your supper chef is here !

Hari ni saya nak kongsikan resepi AYAM BUTTER agar korang semua boleh masak dan makan dengan harga murah dan tak perlu beratur panjang untuk makan ayam butter !

Jadi, beginilah caranya.

Bahan – bahan (ayam):

  • Dada Ayam (bergantung juga pada korang, guna kepak/peha atau lain pon boleh)
  • Garam dan Lada hitam
  • Tepung Jagung + Tepung Gandum
  • Putih Telur
  • Serbuk Cili (Optional)

Cara perapan adalah seperti biasa, Perap ayam dengan Garam, Lada Hitam dan juga Serbuk Cili. Untuk lebih rasa, korang boleh la letak Sos Tiram sikit dan perap selama 4-8 jam.

Untuk mengoreng :

  • Pukul putih telur hingga kembang
  • Celupkan ayam yang dah diperap kedalam putih telur
  • Golekkan ayam di atas campuran tepung jagung dan tepung gandum
  • Goreng sehingga warna kuning keemasan

Untuk Sos Butter pula,

Bahan-bahan:

  • Majerin Planta/Buttercup
  • Daun Kari
  • Stok Ayam (Kiub)
  • Cili Padi
  • Susu Sejat
  • Susu Pekat (2 Sudu)

Cara memasak, Cairkan butter anda kedalan Sauce Pan, masukkan daun kari dan tumis sedikit sehingga naik bau wangi Daun Kari. Lepas tu masukkan Susu Sejat dan kacau sehingga sebati.

Masukkan kiub ayam, Susu Pekat dan kacau dalam 2-3 minit.

Last sekali, masukkan cili padi dan tutup api.

Masukkan ayam yang dah digoreng kedalam Sauce Pan korang, dan Ayam Butter korang dah pon siap.

 

Estimated time  untuk memasak semua ni adalah dalam 15 minit je, sekejap, dan bahan mentahnya amat murah.

Jadi kami harap dengan perkongsian resepi ini ramai lah dikalangan korang yang takkan sendu kesedihan tak dapat makan Butter Chicken tu.

Peace ’em out !

 

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *