, ,

Rayuan Untuk Future Music Festival Asia (FMFA) Di Singapura Tidak Diluluskan


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Rayuan Untuk Future Music Festival Asia (FMFA) Di Singapura Tidak Diluluskan. Menteri dalam Negeri Singapura telah pun membatalkan permit untuk mengadakan Future Music Festival Asia (FMFA) di Singapura. Rayuan telah diterima pada 3 Mac dan telah dibalas kepada pihak penganjur Livescape Singapura pada 6 Mac.

Livescape Singapura sudahpun menjual 15,000 dari 20,000 tiket untuk 2 hari festival tersebut. Mereka sudah meminta lesen dari polis pada Januari dan Februari namun permintaan mereka ditolak ini kerana polis takut mereka yang datang ke festival tersebut dibawah pengaruh dadah.

Polis menerima pemohonan Livescape Singapura untuk mendapatkan permit pada 12 Jan dan menolak pemohonan tersebut pada 29 Jan dan sekali lagi mereka menghantar pemohonan pada 16 Feb dan pemohonan itu juga ditolak pada 27 Feb. Selepas itu, Livescape menghantar rayuan kepada Menteri dalam Negeri, Teo Chee Hean pada 3 Mac.

Festival ini telah berlangsung di Kuala Lumpur selamat tiga tahun namun dicemari dengan insiden penyalahgunaan dadah. Festival tersebut terpaksa diberhentikan pada hari ke-3 tahun lepas selepas 6 orang meninggal dunia kerana overdose dadah dan 16 lagi di rawat di hospital atas sebab yg sama.

FMFA yang akan diadakan pada 13 dan 14 Mac di Changi Exhibition Centre membawakan beberapa nama besar seperti Avicii, The Prodigy, Fat Boy Slim and Afrojack.

Apakah pengakhiran cerita ini? adakah FMFA akan dibatalkan atau sebaliknya? sama-sama kita tunggu okay!

sumber : ChannelNewsAsia

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Shepherd

Penjaga Kambing yang suka bergosheep.
90% Sheep & 10% Shepherd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *