, ,

Ramadhan Buffet @ Spring Garden, Putrajaya


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Ramadhan semakin tiba, dan untuk food-hunters, that means one thing; Good food coming up!

Kami telah berkesempatan meluangkan masa di buffet preview yang dianjurkan oleh Restoran Spring Garden yang terletak di Taman Botani, Putrajaya.

Mari kita lihat apa yang disediakan di sana.

IMG_7727
Get excited durian lovers!
Dekorasi suasana kampung menyambut tetamu yang tiba
Dekorasi suasana kampung menyambut tetamu yang tiba

Sekarang, mari kita lihat juadah apa yang disediakan di sana.

Sotong sumbat dan ketam bakar yang membangkit selera!
Sotong sumbat dan ketam bakar yang membangkit selera!
Selain makanan laut bakar, sate juga ada disediakan. Sate ayam dan dagingnya memang sedap.
Selain makanan laut bakar, sate juga ada disediakan. Sate ayam dan dagingnya memang sedap.
Di bahagian appetizer disediakan rojak buah. Nyum nyum!
Di bahagian appetizer disediakan rojak buah. Nyum nyum!
Dan di sebelahnya ada tauhu sumbat. Memang ngam dipasangkan dengan kuah rojak tadi.
Dan di sebelahnya ada tauhu sumbat. Memang ngam dipasangkan dengan kuah rojak tadi.
Kuih-muih tradisional juga ada dihidangkan di sini
Kuih-muih tradisional juga ada dihidangkan di sini

IMG_7744

Sekarang, mari kita beralih ke menu utama yang disajikan di sini. Menu utama yang dihidangkan terdiri daripada nasi beriani yang dihidangkan bersama lauk-pauk seperti ayam madu, gulai lemak telur, dan butter prawn yang sangat sangat sangat sedap!

Nasi beriani sebagai juadah utama
Nasi beriani sebagai juadah utama
Tiga lauk utama yang dihidangkan bersama nasi beriani; ayam madu, rendang, dan gulai lemak telur.
Tiga lauk utama yang dihidangkan bersama nasi beriani; ayam madu, rendang, dan gulai lemak telur.

IMG_7758IMG_7760

Pau berinti daging BBQ
Pau berinti daging BBQ
Nestum butter prawn yang rangup dan manis.
Nestum butter prawn yang rangup dan manis.

Spring Garden sebenarnya adalah sebuah restoran berasaskan makanan Cina. Jadi, tidak hairanlah dua menu yang dihidangkan ini memang to die for! 

Sambil sambil makan, tetamu juga akan diiringi oleh alunan muzik oleh kugiran yang disediakan khas
Sambil sambil makan, tetamu juga akan diiringi oleh alunan muzik oleh kugiran yang disediakan khas

IMG_7720

Terletak bersebelahan dengan tasik Taman Botani, pemandangan pejabat utama pentadbiran kerajaan Malaysia juga menjadi santap mata tetamu

DSC_0411

Promosi Sajian Nostalgia Kampung Buffet Ramadhan @ Spring Garden akan bermula dari 8 Jun sehingga 1 Julai 2016. Harga untuk seorang adalah RM88 bersih. Dan untuk promosi early bird untuk bulan Mei, beli 10 percuma 2 dan untuk Jun, beli 10 percuma 1.

Oh, dan bufet durian juga hanya ada pada hujung minggu.

Jadi, apa lagi tunggu. Ayuh rancang iftar anda!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Gory

The Mystery Eater

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *