Polis EVO 2 – Filem Ini Seakan Seperti Syok Sendiri Oleh Director dan Producernya

Artikel Filem Review ini ditulis oleh Khaidir Shahri

Ramai yang mempertikaikan kononnya isu berkaitan Islam dalam filem Polis Evo 2 ini adalah promo marketing semata, realitinya bagi aku ianya tidak seperti itu, kerana ada beberapa faktor dari sisi tontonan aku masih agak mengelirukan. Kenapa? So kat sini aku nak kongsi pendapat aku tentang filem ini seringkas yang mungkin

FILEM PERTAMA

Polis Evo 2

Bagi aku ada beberapa faktor yang tidak diterapkan didalam PE2 ini.

filem pertama dihasilkan mengikut plot yang lebih ringan & santai.

  • Olahan scenery serta cinematographynya juga cukup kemas & mempersona.
  • Tidak memerlukan pelakon-pelakon ternama, tetapi director berjaya hasilkan pelbagai scene memorable yang melekat diminda.
  • Memiliki plot berkaitan persahabatan & juga family yang cukup menarik serta menghiburkan.

PASKAL

Kenapa aku kaitkan dengan Paskal? Kerana plotnya hampir sama iaitu kerajaan perlu mengatasi masalah tebusan penganas bersekala besar. Lebih-lebih lagi writer filem ini juga pernah hasilkan skrip filem Paskal.

  • Olahan tektikal gerak gempur squad Paskal sangat tersusun dan pelbagai,menyebabkan action scenenya tidak menjemukan.
  • Memiliki one to one fight yang cukup memorable.
  • Pengunaan teknologi senjata yang mengujakan penonton.
  • TIGA faktor diatas tidak diterapkan dalam filem ini semata kerana ingin menunjukkan pembinaan watak Sam & Zizan adalah bijak serta berani berbanding watak-watak lain.

PRODUCTION VALUE

Dikatakan budget filem ini dihasilkan setaraf filem Paskal, ianya terbukti dengan scene gun shot yang nonstop hampir 20 minit lamanya, cukup brutal dan gempak!

Polis EVO 2

  • Cara olahan editing fast cut menunjukkan terlalu banyak angle shot, ditambah pula konsep camera handheld yang kasar agak memeningkan tontonan.
  • Olahan teknikal aksi gun shot yang solid ibarat menonton sebuah filem aksi Hong Kong, cukup realistik.
  • Pengunaan pelakon-pelakon extra yang cukup ramai menambahkan lagi mood realistik scene tebusan filem ini.
  • 15minit pembukaan filem ini yang menunjukkan scenery war scenenya, yang penuh slow motion cukup mempersona.. tapi sayang konsep tersebut tak diketengahkan hingga akhir filem.

KELIRU ISLAM

Kalau ada yang perasan, 2016 ada berita yang berkaitan dengan isu ajaran sesat yang mengagungkan ketibaan “Imam Mahdi” palsu di Perak, yang kononnya mereka cuma mengumpulkan pengikut hingga digelar Tentera Mahdi.

Polis EVO 2

  • Bagi aku filem ini juga cuba ketengahkan mengenai ajaran sesat “Mehdi” yang kerap disebut oleh Hasnol dalam filem ini.
  • Apa yang mengelirukan aku adalah,siapakah Imam Kusyairi? Adakah dia adalah “Mehdi” yang kerap disebab oleh Hasnol?
  • Atau sememangnya mereka hanyalah pejuang agama yang kononnya menunggu ketibaan sebenar “Imam Mahdi”? Harap ada yang berikan pendapat dan huraian pada aku.. 😅✌️

TAK PERLU SOLAT

Aku cukup respect dengan scene solat yang diketengahkan dalam filem ini, tapi bagi aku scene tersebut seperti tampalan semata untuk menunjukkan yang Sam & Zizan adalah Islam yang baik.

  • Alangkah manisnya jika scene solat itu diolah ke waktu mereka mengalami saat gentir didalam pulau tersebut.
  • Seperti contoh mereka solat subuh bersama dan berdoa untuk menghadapi beratus penganas yang cukup gila.
  • Bagi aku motif solat itu akan lebih kuat, sama ada tunjuk scene solat,atau tak perlu scene solat langsung.
  • Sebab tiada bezanya bila ada yang pertikaikan penganas tak solat ketika waktu gentir tersebut? Tapi,Sam & teamnya ada ditunjukkan solat serta doa tak ketika disaat gentir? 😅✌️

HEBAT & GANAS

Polis EVO 2

Lakonan bersahaja Hasnol & Zizan dalam filem ini cukup mengejutkan aku, ditambah pula dengan skript yang begitu solid mengenai intergriti seorang anggota polis, director telah buktikan filem ini memang layak diberi nama POLIS EVO.

Tiga scene yang memukau aku adalah

  • Scene acu pistol antara Zizan & Hasnol begitu mendalam dan melekat didalam hati aku. Lebih-lebih lagi bila Hasnol kaitkan nama Polis diRaja Malaysia dan memaksanya membuat pilihan,sumpah psycho!!
  • Scene antara Sam & Zizan didalam bilik berdekatan mayat-mayat bergelimpangan cukup memorable bagi aku. Riak wajah tangis Zizan betul-betul menjadi. SALUTE!
  • Olahan director mengenai cara membunuh dengan tiba-tiba dalam filem ini betul mengejutkan aku sebagai penonton yang mengangap filem ini adalah ringan,tetapi realitinya ianya adalah Dark & cukup GANAS!

KESIMPULAN

Jujur kata bagi aku, filem ini seakan seperti syok sendiri oleh director & producernya kerana mengubahkan genre action comedy kepada plot yang lebih dark & kejam.

Tapi aku respect dengan pendirian mereka, kerana berani hasilkan plot berat berkaitan Islam & maksud intergriti seorang anggota polis. Ianya menjadj dan terkesan untuk aku.

Tetapi untuk penonton yang ingin hiburan sama seperti filem sebelum ini yang lebih ringan & lebih unsur komedi, korang mungkin akan kecewa.

Maaf sekali lagi aku merepek meraban.. harap ada yang baca..
Selamat menonton! 😅✌️

Personal Rating : 8.5/10

P/s: sape tahu apa tajuk lagu slow ketika scene zizan terbaring melihat langit? Sedap soundtrack tu.. huhu..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.