,

Pilihan Penginapan Ketika Bercuti


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Bila bercakap pasal travel, perkara kedua yang penting (lepas tiket flight, of course) adalah tempat tinggal. Maksudnya dari segi lokasi, harga dan kapasiti (kalau travel in group la).

Kadang kadang kalau kat sesuatu tempat tu ada event, secara automatik hotel rate akan lebih tinggi. Itu perkara biasa. Jadi, di sini ada beberapa cadangan pilihan tempat tinggal bagi anda yang sedang merancang percutian.

1) Hotel

Ini tempat tinggal yang paling common. Sesuai untuk orang yang ada bajet yang besar atau yang pentingkan keselesaan/privacy ketika bercuti. Ada beberapa website popular untuk booking hotel. Contohnya agoda.com , booking.com atau yang paling famous, Trivago. Mengapa bayar lebih? Hotel? Trivago. Hihihi (Geddit?)

Dekuta Hotel, Bali. RM90/malam
Dekuta Hotel, Bali. RM90/malam

2) Hostel

Selain hotel, hostel pun ok juga sebenarnya. Tapi konsep hostel ni adalah kongsi. Maksudnya kongsi bilik tidur, kongsi bilik air bahkan ada sesetengah hostel yang boleh kongsi toilettries. Hostel ni selalunya jadi pilihan backpackers yang bajet lebih kecil. Hostel juga adalah tempat yang PALING mudah untuk buat kawan baru. Tak percaya? Cubalah sendiri. Oh, satu tips untuk tinggal kat hostel : jangan lupa bawa padlock untuk locker.

Funky Flashpacker. Antara hostel di Siem Reap yang famous di kalangan backpackers
Funky Flashpacker. Antara hostel di Siem Reap yang famous di kalangan backpackers

3) Airbnb

Yang ini pulak, sekarang dah makin popular di kalangan rakyat Malaysia. Konsep dia adalah kita sewa bilik/rumah orang. Ada yang host tu tinggal sekali, ada yang tak. Jangan gusar, cara ini selamat sebenarnya sebab semua booking/perbualan di inbox boleh diakses oleh pihak Airbnb. Perkara yang best pasal Airbnb ni adalah kita rasa macam kat rumah sendiri. Dengan dapurnya, mesin basuhnya, balconinya. Rasa lebih dekat dengan masyarakat tempatannya. Gitu.

Betul punya macam kat rumah sendiri ni
Betul punya macam kat rumah sendiri ni

4) Couchsurfing

Jeng jeng jeng! Nak tidur kat sofa rumah siapa pulak ni? Hehehe. Sebenarnya komuniti couchsurfing ni dah lama wujud cuma agak kurang popular dikalangan orang kita. Konsep dia macam Airbnb tadi cuma yang tu kena bayar, couchsurfing ni takyah bayar. Tapi, orang berbudi kita berbahasa. Bawak lah buah tangan sikit untuk host. Fridge magnet ke, kain pelikat/batik ke atau kalau anda pandai memasak, mungkin boleh masak untuk host anda. Apa apa yang melambangkan Malaysia pun dah ok sebenarnya.image

5) Airport

Hehehe. Ini adalah pilihan yang paling jimat duit dan masa. Untuk flight awal pagi atau waktu transit/layover yang lama misalnya. Tapi kalau anda travel dengan famili, dinasihatkan jangan cuba kaedah ini. Kesian anak kecil tak selesa. Jangan tak tahu ye, memang ada orang yang tulis pengalaman tidur di aiport, siap review & rating ok. Tak percaya? Boleh baca di sini

Upacara tidur secara berjemaah di Roma Ciampino Airport, Rome

So, macam mana? Banyak pilihan, bukan? Apa pun, sebelum buat booking tu anda dinasihatkan baca review dulu. Tanya je encik TripAdvisor.

Selamat bercuti!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *