,

9 perkara paling boleh dijangka di Oscar


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Oscar adalah acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh peminat filem Hollywood. Tak salah jika saya katakan Oscar merupakan anugerah filem terbesar dan dianggap paling berprestij di muka bumi. Tetapi, sebagai peminat filem, adakah anda perasan tentang perkara-perkara yang boleh dijangka di Oscar? Yes, Oscar can be so predictable! Setiap tahun watak, karakter dan jalan cerita yang “berciri Oscar” akan mengungguli acara ini. Tidak percaya? Jom baca 9 perkara paling boleh dijangka di Oscar.

  1. The Pretty Actress Who Makes Herself Ugly card

1157
Saya memang kagum bila seseorang pelakon dapat mengembangkan lakonan menjadi watak yang tidak disangka-sangka. Memang menakjubkan apabila pesona wanita jelita membawa watak yang diluar dari bayangan kita. Bagi pelakon wanita, jika anda ingin memenangi Oscar, anda hanya perlu memegang watak wanita yang sangat jalang atau sangat hodoh. Oscar memang suka dengan faktor apabila pelakon terkenal Hollywood yang jelita meluangkan masa berjam lamanya memegang watak wanita hodoh seperti Nicole Kidman dalam The Hours dan Charlize Theron yang memegang watak wanita jalang Aileen Wuornos

  1. The musician card

WTL-676 Johnny Cash (Joaquin Phoenix) and June Carter (Reese Witherspoon) perform in WALK THE LINE. Photo credit: Suzanne Tenner TM and © 2005 Twentieth Century Fox. All Rights Reserved. Not for sale or duplication.
Sumpah! Kalau ada lagi filem tentang hidup seorang ahli muzik terkenal yang tragik hidupnya, saya bunuh diri! Hahaha. Semua filem begini menghidangkan penceritaan yang sama. Dimulakan dengan permulaan hidup ahli muzik yang datang dari keluarga susah atau tidak memahami cita-citanya, kemudian mereka berjaya mengecap bahgia sekelip mata, mereka kemudian lupa daratan dan selalunya melupakan insan tercinta yang selama ini bersama mereka saat ingin bangun, mereka kemudian akan melalui satu keperitan hitam dan terpaksa membuat keputusan yang menyakitkan, mereka hanyut dan menyesal dengan segala yang terjadi, akhirnya mereka sedar dengan kekhilafan mereka dan akhirnya kembali kepada insan-insan yang masih sayangkan mereka. Filem diakhiri dengan konsert yang penuh berjaya untuk membuktikan yang mereka sanggup melalui segala keperitan hanya kerana cinta terhadap muzik.

Ok, itu dia saya kongsikan storyline filem bertemakan kehidupan ahli muzik. Kalau anda nak jadi penulis skrip filem sebegini, silakan ambil fomula ini. Cari ikon muzik yang telah pergi atau hidupnya kucar-kacir. Pasti filem anda akan tercalon!

  1. The mentally challenged card – just don’t ever go full retard

forrest_gump_58087-1920x1080
Run Forrest! Run!

  1. The period piece

download
Anda mungkin telah saksikan beberapa trailers filem yang membosankan seperti ini. Mungkin anda beli tiket menontonya di panggung untuk menonton kehebatan Cate Blanchett atau Meryl Streep membawa watak tokoh sejarah yang lansung tidak mempunyai signifikan dengan kehidupan seharian anda. Anda juga mungkin berpura-pura menyukai filem tersebut kerana takut digelar bodoh oleh rakan-rakan pakar filem berciri Oscar. Jangan risau, anda tak keseorangan. Anda tak bodoh, cuma filem begini memang selalunya membosankan.

  1. The Holocaust card

The-Pianist-photo-the-pianist-8868537-434-289
Kita sedia maklum bagaimana manusia boleh menjadi kejam dan sadis. Terdapat berjuta filem yang memperjuangkan tajuk begini. Filem yang meruntun jiwa sebegini selalunya akan serta-merta menarik perhatian Hollywood sebagai calon Oscar. Contohnya filem Schindler’s List dan The Pianist

  1. The old director who is no longer relevant.

banner_lincoln2
Ada beberapa pengarah yang hasil kerjanya tidak boleh diterima lagi dalam modern filmmaking. Ini mungkin kerana mereka sudah terlalu lama duduk di kerusi pengarah. Martin Scorcese tidak mempunyai masalah ini kerana beliau berkembang dan percaya dengan elemen-elemen baru dan moden dalam filem. Tetapi orang seperti Steven Spielberg dan George Lucas memang tidak lagi relevan. Bukan ingin menidakkan bakat Daniel Day Lewis. Saya peminat tegar pelakon ini dan menonton hampir semua filem lakonannya beberapa kali (Ya, termasuk filem The Ballad of Jack & Rose, dan Eversmile New Jersey), tetapi filem Lincoln, TIDAK sepatutnya tercalon dalam kategori filem terbaik. Jika ia dibuat pada tahun 1994, mungkin. Tapi 2013? Come on bro.

  1. The political thriller that plays it safe.

image_015
Filem seperti ini memberikan ilusi kepentingan peristiwa bersejarah. Tetapi selalunya ia sekadar latar dan tidak berani membuat sebarang statement. Jangan salah faham, saya suka filem Argo. But, when you watched it, did you think it was the crowning achievement of cinema that pushed us into a new era? Exactly.

  1. The AIDS/HIV card

139
Jika anda melakonkan watak sebagai pengidap HIV/AIDS, anda PASTI akan tercalon dalam kategori pelakon terbaik!Pada 2014, Anugerah Pelakon Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik dimenangi oleh dua pelakon yang membawa watak pengidap penyakit ini. Matthew McConaughey dan Jared Leto menang menerusi “Dallas Buyer’s Club”. Oh ya, jangan lupa yang Tom Hanks juga pernah menang menerusi Philadelphia.

  1. The boring piece of sh*t.

il_fullxfull.679937268_872b
Hanya kerana filem tersebut panjang dan menyiksakan, ia bagus! Itu adalah mentaliti Oscar! Bagaimana The English Patient mengalahkan Fargo pada 1996 adalah perkara yang sangat mengelirukan.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by DeeraNamzar

Hidup ini indah. Senyum. Instagram & Twitter : @areedrazman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *