, ,

Percutian Mewah Di Vivanta by Taj Pulau Rebak Langkawi


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Hujung minggu lalu, team Ehgosheep berpeluang bercuti ke Pulau Langkawi. Walaupun hanya berada dia sana dua hari satu malam sahaja, namun memang puas hati kerana kami berpeluang menginap di salah satu hotel mewah di zpulau Langkawi iaitu Vivanta by Taj. Hotel Vivanta by Taj adalah satu-satunya hotel yang berada di kawasan private island, Pulau Rebak.

Untuk menuju ke Pulau Rebak, tetamu perlu menaiki bot laju dari Port Chenang. Lokasi Port Chenang dari Lapangan Terbang Langkawi hanyalah sekitar 10 ke 15 minit perjalanan menaiki kereta. Untuk anda yang tidak mahu bersusah-payah, Vivanta by Taj juga menyediakan pengangkutan dari lapangan terbang ke Port Chenang secara percuma. Hanya perlu membuat tempahan awal sahaja. Sampai di Port Chenang, memang jelas kelihatan kawasan menunggu untuk tetamu Vivanta by Taj. Bot laju dari Port Chenang ke Vivanta by Taj juga disediakan secara percuma. Cuma anda perlu berada di sana pada waktu yang ditetapkan kerana sudah ada jadual yang tetap untuk masa pegerakan bot ke hotel.

Perjalanan menaiki menuju ke hotel juga tidak terlalu lama, sekitar 10 minit jika ombak tidak terlalu kuat. Sampai sahaja di jeti hotel, pasti anda akan kagum dengan keindahan kawasan sekitar. Melihat bot-bot mewah di sekitar kawasan jeti, sekelip mata sahaja anda pasti rasa anda bukan lagi di kawasan Malaysia. Ya, sepanjang kami berada di Vivanta by Taj, sememangnya seakan bukan berada di kawasan Malaysia kerana pengunjung hotel tersebut rata-ratanya datang dari negara luar.


Dati jeti ke lobi hotel juga disediakan pengangkutan walaupun jaraknya tidak lah terlalu jauh jika berjalan kaki. Sampai di kawasan lobi, staff Vivanta sudah sedia menanti dengan senyuman dan sapaan manis. Proses daftar masuk bilik juga memang pantas dan tidak memeningkan kepala. Kami menginap di bilik Superior Charm Garden View yang berharga lebih kurang RM640 untuk satu malam. Kawasan bilik sememangnya sangat mendamaikan dan klasik. Dengan bayaran sebegitu, memang sangat banyak kemudahan dalam bilik dan sekitar hotel disediakan. Sudah pasti ada wifi percuma untuk setiap pengunjung.




Selesai membersihkan diri dan mengemas barang, kami tidak membuang masa dan terus berjalan sekitar kawasan hotel untuk melihat keadaan sekeliling. Memang indah kerana Pulau Rebak mempunyai kawasan pantai yang tenang dan bersih untuk dinikmati. Usah risau memikirkan apa aktiviti yang boleh anda lakukan di sana. Pihak pengurusan Vivanta by Taj sendiri sudah menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk pengunjungnya. Antara aktiviti tersebut adalah kelas memasak, memancing, yoga dan banyak lagi. Jika anda mahu melakukan aktiviti sendiri mungkin anda boleh menyewa basikal dan mengayuh mengelilingi kawasan hotel.


Kawasan hotel yang selesa dan cantik juga membuatkan anda rasa tenang berjalan-jalan. Bila dah berada di sana, bagi kami anda wajib mengambil gambar di kawasan moondeck mereka. Sungguh cantik, lagi-lagi apabila waktu matahari terbenam. Sesuai untuk mereka yang mahu merasakan mood romantis. Malah mereka juga menyediakan pakej makan malam romantis untuk anda yang mahu membuat kejutan kepada pasangan.

Untuk yang mahu menikmati makan malam di kawasan hotel sahaja, Vivanta by Taj mempunyai restoren yang menyediakan pelbagai juadah. Dibuka sehingga jam 10:30 malam, Restoren Senari menyediakan masakan Melayu, Cina, India dan barat untuk pengunjung mereka. Kami telah mencuba sendiri makanan di restoren ini dan ianya memang sedap. Harga  makan malam untuk dua orang berharga lebih kurang RM150.


Bagi anda yang tidak terlalu gemar bermandi air laut, mungkin anda boleh mandi dan bertenang di kawasan kolam renang hotel ini. Berada betul-betul di hadapan restoren dan bersebelahan dengan pantai, memang ramai pengunjung yang memilih untuk berehat di kawasan ini.


Secara keseluruhannya, untuk anda yang mahu merasakan percutian mewah di kawasan Malaysia, Vivanta by Taj patut menjadi pilihan anda. Kemudahan yang disediakan, kawasan yang indah dan layanan dari staff yang peramah membuatkan percutian di sana berbaloi-baloi.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *