#FinancialGory

Perantau Cup 2018 Permulaan #FinancialGoryRoadtripMega

Selamat sudah aku sampai juga akhirnya ke tanah United Kingdom, ke tengah kota London. Tak tahu kenapa nervous semacam untuk travel this time around. Mungkin sebab datang dengan tanggungjawab, harapan, (dan banyak duit bakal dihabiskan huhu).

Anyway, sesampai saja aku di lapangan terbang Gatwick selepas penerbangan panjang 20 jam (satu transit di Dubai) dengan Emirates Airline, aku disambut oleh seorang kawan yang juga merupakan client takaful #FinancialGory. Aku dilimpahkan rezeki oleh Tuhan kerana dikelilingi orang yang baik baik. Seharian beliau bawa aku berjalan sekitar Bayswater dan Kensington Garden. Dek kekangan masa, tak sempat lah aku nak jogging di Hyde Park (alasan dari Malaysia sampai ke UK – sibuk).

 

Merasa matahari terbit di Kensington Garden semasa sesi morning run.

 

Dumpling di Oodle Noodle sebagai lunch.

Selepas semalaman di London, aku bergerak ke Sheffield keesokan harinya untuk berjumpa dengan colleague of Great Financial Tour ini. Kami terdiri daripada 3 orang; aku, Azlin Ishak, dan Rynn Mustafa. Dan Sheffield bakal menjadi rumah kami untuk sebulan ini.

Event pertama aku untuk #FinancialGoryRoadtripMega ini walaubagaimanapun bukanlah dalam bentuk sesi perkongsian kewangan, tetapi dalam bentuk yang tidak aku sangka sangkakan…

Perantau Cup 2018!

 

Ya, aku diberi peluang untuk turut serta bersama para pelajar Malaysia di sini untuk join main bola dalam tournament Perantau Cup 2018 di Manchester anjuran Kelab UMNO Manchester & Salford. Bila lagi nak merasa main bolasepak di Manchester Darul Bolasepak kan?

First time main bola cuaca sejuk. Nak senyum pun gigil. Thank you Pancit FC di atas jemputan!

 

Aku gunakan kesempatan ini untuk terus berjumpa para pelajar di sana serta meuar-uarkan hebahan mengenai program Great Financial Tour yang akan kami jalankan.

Thank you Kelab UMNO Salford Dan Manchester untuk anjuran ini buat anak anak Malaysia di perantauan!

Dan dalam posting yang akan datang, bermulanya sesi pertama Great Financial Tour kami. Nantikan!

Terima kasih Manchester untuk hospitality ini. Kita jumpa 28hb (sesi perkongsian kewangan di Manchester akan diadakan pada tarikh ini) dan 29hb April (Manchester United vs Arsenal) nanti!

Click to comment

Tinggalkan Jawapan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

To Top