, ,

Pencuri hati atau pencuri peluang?


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Hampir setiap hari kita dilambakkan dengan bakat-bakat baru yang kononnya bakal “mewarnai” dunia hiburan tanah air. Namun disebalik kenyataan ini, kebenarannya kita dilambakkan dengan bakat yang biasa-biasa sahaja. Siapa sahaja kini boleh bergelar artis, tapi tidak semua hadir dalam industri untuk mempertaruhkan bakat luarbiasa.

Ada yang datang untuk menjadi terkenal dan disegani. Tidak kurang juga yang bercita-cita mengumpul peminat atau menjadi kaya. Cuma sedikit yang hadir dengan niat untuk berkongsi bakat hebat dan betul-betul mengharyati karya yang dihasilkan.

Penyanyi-penyanyi terkenal masa kini kebanyakannya (bukan semua) diminati bukan lagi kerana bakat yang memukau tapi mungkin kerana faktor-faktor lain. Ada yang bertanya, adakah salah jika industri muzik Malaysia lebih berwarna-warni? Ya, memang tidak salah. Tapi pernahkah anda terfikir yang penyanyi tidak berbakat tetapi popular mencuri peluang penyanyi sangat berbakat tapi kurang popular?

Bagaimanakah mereka mencuri peluang? Ada banyak aspek sebenarnya mereka mencuri peluang. Kadar putaran lagu di radio, persembahan pentas untuk anugerah dan rancangan TV, duta produk dan penyertaan festival muzik adalah antara platform contoh di mana peluang penyanyi berbakat disambar oleh penyanyi popular yang kadangkala berlakon seperti mereka berbakat.

Biarkan dunia nyanyian dikuasai oleh mereka yang arif tentang nyanyian! Kalau dulu kita bangga bila penyanyi popular kita mempunyai bakat yang mengagumkan. Contohnya Dato Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Dato Sheila Majid dan Ziana Zain. Kini bila melihat senarai top 10 yang terkenal 80% masih mempunyai bakat yang meragukan. Dan paling menjengkelkan apabila mereka tidak serius tentang dunia muzik pun!

Apa pun saya percaya semua ini boleh dipulihkan oleh kuasa peminat dan media. Kita boleh tentukan taraf dan mutu industri muzik kita! Berhenti menyokong mereka yang dirasakan kurang dari segi bakat. Alihkan minat kepada mereka yang lebih layak.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by DeeraNamzar

Hidup ini indah. Senyum. Instagram & Twitter : @areedrazman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *