, , ,

Pementasan Mak Cun di Istana Budaya Menghiburkan


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Semalam (19 November 2015) team ehgosheep berpeluang menyaksikan pementasan teater Mak Cun di Istana Budaya. Rata-rata penonton yang menyaksikan pementasan ini keluar dengan senyuman kerana terhibur dengan naskah yang ditulis oleh Erma Fatima ini.

IMG-20151109-WA0001

Menurut penerbit dan pengarah Erma Fatima, beliau mahu menjenamakan Mak Cun sebagai sebuah karya yang dipelbagaikan bermula dengan telefilem, drama berepisod, teater, filem dan animasi. Erma juga meluahkan rasa gembira terhadap penerimaan penonton kepada nama Mak Cun sehingga menjadi fenomena memberi peluang kepadanya untuk memvariasikan karya itu.

KUALA LUMPUR 20 October 2015.Pengarah Teater Muzikal Mak Cun, Erma Fatima di Panggung Sari, Istana Budaya. STR/Owee Ah Chun.

“Pada mulanya saya hanya menghasilkan Mak Cun sebagai sebuah telefilem biasa yang menceritakan tentang usahawan desa bedak sejuk dan kemudiannya menjadi drama sebanyak sembilan episod. Saya tak sangka ia mendapat sambutan yang menghangatkan. Saya sendiri tak pernah terfikir Mak Cun boleh menjadi fenomena apatah lagi ia turut menarik perhatian terutamanya kanak-kanak.” ujar Erma.

Secara keseluruhannya, teater ini sangat menghiburkan dan sesuai ditonton oleh setiap lapisan umur. Walaupun disampaikan dalam nada komedi, banyak mesej positif dan nasihat yang diterapkan secara halus dalam pementasan Mak Cun.

KUALA LUMPUR 13 November 2015. Pratonton Teater Muzikal Mak Cun di Istana Budaya. NSTP/Nur Adibah Ahmad Izam

Lakonan Erma Fatima, Umie Aida dan Dato’ Rahim Razali tidak perlu dipertikaikan lagi kerana mereka nyata tampil hebat dalam teater ini. Pujian harus diberikan kepada Balkisyh yang membawakan watak Atul dalam teater ini. Lakonannya yang bersahaja dan sentiasa mencuit hati penonton dengan gerak tubuh dan pengucapan yang hebat! Seharusnya pelakon ini terus diketengahkan dalam industri hiburan tanah air.

Lakonan Nora Danish sebagai Aton, anak Mak Cun yang baru pulang dari luar negara juga patut dipuji kerana setiap dialog mengundang hilai tawa penonton. Selain itu, teater ini juga dibintangi oleh Ungku Ismail Aziz, Dafi dan Betty Rahmad.

Teater muzikal ini masih dipentaskan sehingga 22 November depan. Tiket berharga RM36, RM76, RM86, RM106 dan RM156 boleh dibeli secara atas talian dengan menghubungi redtix.airasia.com atau di kaunter Istana Budaya. Pastikan anda tidak ketinggalan! Kami bagi 4.5 bintang!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by DeeraNamzar

Hidup ini indah. Senyum. Instagram & Twitter : @areedrazman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *