Pelakon “Love Alarm” Kembali Bersama Untuk Bacaan Skrip Pertama Musim Kedua

Love Alarm

Pada 30 Oktober 2019 yang lepas, pelakon utama Love Alarm telah mengumumkan berita gembira tentang musim terbaru mereka melalui laman sosial Netflix.

Drama bersiri yang dicipta berdasarkan webtoon popular, Love Alarm adalah drama romantis mengenai applikasi khas di mana penggunanya boleh mengetahui siapa yang mempunyai perasaan kepada mereka dalam radius 10 meter. Pelakon utama cerita ini merupakan Kim Jo Jo (Kim So Hyun), Hwang Sun Oh (Song Kang), dan Lee Hye Yeong (Jung Ga Ram).

Love Alarm

Pada 21 Februari yang lalu Kim So Hyun, Song Kang, dan Jung Ga Ram kembali berjumpa untuk sesi pembacaan skrip musim kedua.

Love Alarm

Untuk peminat drama Love Alarm pasti teruja menanti sambungan drama ini sebab penghujung drama musim pertama tergantung.

Sama-sama kita nantikan siaran ini di Netflix!

Sumber: soompi.com

Posts created 5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top