,

Patty and Pie, Petaling Jaya


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Ada peminat burger dan pizza ? kalau ada kami nak share satu tempat makan ni yang korang boleh makan Burger dan juga Pizza dalam masa yang sama.

Patty and Pie nama diberi, menunya yang pelbagai buatkan korang rasa resah sebab hampir kesemuanya nampak menyelerakan, tapi  jangan risau sebab kalau nak dibandingkan dengan kedai makanan laju yang lain Patty and Pie juga punya pilihan untuk korang. Sebagai contoh, korang boleh mix and match kan topping Pizza korang. Nak tahu menu apa ? Meh cuci mata dekat bawah ni.

IMG_6349

 

Waktu kami di sini, kami mix and match 3 jenis Pizza (sebab nak order Burger sekali) so total dalam 6 topping untuk kami mencuba. Pilihan kami ? ni dia:

IMG_6377
Salmone + Frutti Di Mare
IMG_6379
Daffy + Carne
IMG_6380
Figaro + Oriental

Okay, seperti yang korang sedia maklum setiap topping ada description mereka sendiri dekat sini apa yang kami nak tekankan adalah, mix and match  kami menjadi dan kalau korang nak mencuba, boleh try topping yang kami mix. Oh ya, apa yang membuatkan Pizza dari Patty and Pie lebih unik dan sedap adalah mereka bakar menggunakan wooden oven. Lebih kepada cara tradisional. Doh yang digunakan pon sangat lembut dan enak, berbeza jugak lah dengan pizza pizza makanan laju ni. Ok cukup dengan penerangan, Let the picture tells.

IMG_6375

 

Ok cukup teruja dengan gambar Pizza ? Let’s go ke burger dari Patty and Pie pula sekarang, ini menu burger yang mereka sediakan.

Ok killer burger is oishi ! Kenapa killer ? yela bayangkan dalam burger tu bukan je ada daging/ayam yang dibakar tapi juga ada Soft Shell Crab yang digoreng garing beserta Lettuce Cabbage yang cukup rangup beserta Mayonis masam manis, every bites bring create a magical momen. Ini serius, the juice from patty burger tu, terasa original daging burger tu. Selain Oishi Burger, boleh try juga Mac N Cheese burger, lain kan ? tapi kelazatan tidak dapat dibendung, lapisan roti burger berintikan daging/ayam dan juga fully loaded  punya Mac N Cheese. Belum sentuh lagi Holy Guacamole punya Burger, resipi dari Mexico dicampur menjadikan sesuatu yang awesome taste in mouth. Serius kalau korang punya masa rehat yang lebih try datang sini and try rasa the varieties type of Burger dan Pizza.

IMG_6382
Oishi Burger (Nampak tak Crunchy Soft Shell tu?)
IMG_6384
Triple Decker Burger

IMG_6383

Makanan tepi atau Side Dish yang paling awesome dekat Patty and Pie ni adalah Salted Egg Yolk Fries, cuba bayangkan, dalam fries tu ada topping/sauce campuran (Kuning Telur Asin, Butter dan Daun Kari) dimasak sehingga pekat, masih boleh terasa lagi kesedapan dia ni, ia adalah sesuatu yang baru bagi kami, sebelum ni kami cuma rasa Chilli Cheese Fries, NY Cheezy Fries, Cheezy Wedges. Semua ni punya perisa yang pedas, tapi bagi Salted Egg Yolk Fries ni, terasa kelemakan butter bercampur sedikit lemak masin dari kuning telur dan keharuman daun kari cukup untuk menaikkan rasa didalam mulut ketika makan.

 

IMG_6371
Salted Egg Yolk Fries

Untuk ke Patty and Pie ni tak susah pon, ada aplikasi Waze ? boleh je waze nama mereka. Ataupon ini adalah alamat lengkap mereka:

F-G-40, Jalan PJU1/45, Aman Suria Damansara, Petaling Jaya

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Patty and Pie ni checkout Sosial Media mereka ok ?

Facebook : pattyandpie

Instagram : pattyandpie

 

 

 

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *