,

Selalu Dengar Burger Ayam, Daging dan Benjo, Mana Pulak Datang Burger Panda Ni?


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Hello guys, jangan terkejut pulak tengok tajuk tu, Chill out ok ? Tiada seekor panda pon yang digunakan sebagai bahan.

Minggu lepas, sedang kami dalam perjalanan pulang kerumah dari kerja, dengan perut yang lapar, pada dahulunya kami perasan je kedai tu, tapi tak pernah terlintas nak singgah pon, tapi disebabkan lapar, dan uniknya kedai ni, maka dengan itu, kami singgah untuk mencuba kelainan PANDA BURGER ni.

Ok, kedai mereka agak chill, diselingkan dengan lagu lagu yang buatkan korang rasa tenang. Dan menu mereka, ada yang unik by lokal heroes ni. Jom Check out ?

IMG_7115 IMG_7114 IMG_7113

Menu nampak macam biasa kan ? tapi korang kene try killer menu  dekat PANDA BURGER  ni, which is Buger Ayam Cripsy. Ayam di celup tepung dan digoreng garing, memang terasa crispy dia, and the bun, fluffy, seronok sebenarnya makan dengan rasa fluffy dan kegaringan, satu combo yang menarik dengan tambahan kegaringan dari salad, satu combo yang awesome sebenarnya dan satu ni je pon dah cukup untuk mengenyangkan korang, trust me. jom usha gambar ni.

Burger Ayam Crispy
Burger Ayam Crispy

Isn’t she beautiful ? okay kita pergi ke burger lain, yang kedua sedap untuk mereka yang meminati Burger daging.  Daging Special Berapi. Okay nama menarik ? tapi lagi menarik sebab disebalik daging burger tu ada cendawan yang direndam bersama brown sauce, ferghh itu je dah cukup buat kami terliur semula ni,

IMG_7119
Burger Daging Berapi

Untuk sos mereka pula, untuk peminat makanan pedas boleh try makan ni, sebab sos dia agak pedas dan sesuai untuk mereka yang makan pedas, tapi kalau tak cukup pedas, cadangan kami ialah beli Sos Lingam. Hot scale untuk sos ni adalah 8/10. Puas habis. Okay dengan ini saksikanlah Glamours  burger ni. Selain Mushroom, ada juga tambahan telur seperti dalam burger benjo, ini pon sebenarnya dah cukup untuk light dinner korang.

Satu lagi burger yang rasa pedas, manis, rangup is Burger Ayam Tropika, ok apa yang lain nya burger ini adalah pada potongan nenas dan diletakkan diantara daging burger dan juga ada salad yang rangup.

Burger Ayam Tropika
Burger Ayam Tropika

Okay, korang mesti peminat Cheezy Wedges dari Restoran Makanan Laju kan ? okay di PANDA BURGER ni pon ada cheezy wedges yang boleh menandingi Restoran Makanan Laju tu, ini dia Cheezy Wedges dari Panda Burger.

IMG_7121
Cheese dia melimpah ruah !

Okay, sampai disini saja untuk PANDA BURGER, tapi selain burger dan cheezy wedges, mereka juga ada makanan western juga, masa yang akan datang akmi akan try pula makanan western dari mereka.

IMG_7432[1]
Contact detail, atau alamat ke Panda Burger

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *