,

OPPO Melancarkan OPPO R7 Plus dan OPPO R7 Lite


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

1

OPPO, satu syarikat elektronik dan teknologi global, telah melancarkan dua model daripada siri R7 yang telah lama dinantikan di Malaysia iaitu OPPO R7 Plus dan OPPO R7 Lite. Bagus OPPO ni sebab dengar apa yang pengguna perlu dan mahukan dalam sesebuah smartphone. Pelbagai penambahbaikan telah dilakukan kepada kedua-dua siri R7 ini untuk memenuhi keperluan ramai.

Haa.. Ok nak cerita pasal kehebatan dua-dua model phone ni.

OPPO R7 Plus

Untuk key model terbaru, OPPO R7 Plus, ia dibuat dengan badan logam sepenuhnya yang muat secara sempurna di dalam tangan seseorang. Dengan ukuran 158.18mm x 82.3mm x 7.75mm, sangat sempurna di tapak tangan seseorang.

Selain itu, model ini telah dilengkapkan dengan VOOC Flash charging system yang merupakan penyelesaian cas telefon terbaik yang ada dalam pasaran sekarang ini. Dengan adanya kelebihan ini, tidak menjadi masalah untuk mengecas bateri yang berkapasiti sebesar 4,100 mAh itu. Dengan hanya mengecas selama 5 minit, OPPO R7 Plus mampu memberikan sehingga 2 jam masa berbual.

2

Dengan VOOC Flash charging system ini, bateri OPPO R7 Plus boleh di cas sehingga 75% dalam masa hanya 30 MINIT!

OPPO R7 Plus turut menggunakan kamera 13 MP kamera belakang dan 8 MP kamera hadapan atas sebab untuk memastikan anda dapat menangkap kenangan anda sebaik mungkin. Selain itu, OPPO turut menambah baik fungsi kamera mereka dengan laser focus, anti-shake optimisation, Contrast Detection Autofocus dan yang terbaru Phase Detection Auto Focus. Semua ciri-ciri tambahan ini mampu mempercepatkan start up kamera anda dan Autofocus sepantas 0.1s. Jadi, anda pasti dapat tangkap gambar-gambar kenangan sepantas kilat kerana detik-detik manis selalunya berlalu pantas kan?

3

OPPO turut memperkenalkan OPPO R7 Plus dengan RAM 3GB dimana dapat mengoptimumkan processornya Snapdragon 615 ke tahap maksimum. Selain itu, OPPO turut memperkenalkan OS baru iaitu ColorOS 2.1 (Android based) yang mampu beroperasi secara optimum dengan RAM dan pemproses tersebut. Selepas start up, baki RAM masih ada 2.25GB yang mampu memberikan pengalaman yang lebih pantaas dan lancar untuk pengguna. Ini bermakna korang boleh la main game power-power atau buat high end editing tanpa risau.

OPPO R7 Lite

OPPO R7 Lite ni senang cerita, edisi OPPO R7 Plus yang lebih kecil. Dengan ukuran 143mm x 71mm x 6.3mm, sesuai untuk mereka yang memerlukan telefon yang lebih kecil. Perbezaan mendalam akan saya kongsikan dibawah.

R7 Lite R7 Plus
Skrin 5.0” HD AMOLED 6.0” FHD AMOLED
Ukuran 143x71x6.3mm 158.18x82x7.75mm
Berat 147g (dengan bateri) 203g (dengan bateri)
Pemproses MSM8939 Snapdragon 615 MSM8939 Snapdragon 615
CPU Octa-Core Octa- Core 1.5Ghz
RAM 2GB 3GB
ROM 16GB (boleh ditambah sehingga 128GB) 32GB (boleh ditambah sehingga 128GB)
OS Android 5.1 (ColorOS 2.1) Android 5.1 (ColorOS 2.1)
Kamera 13MP AF (belakang) & 8MP FF (depan) 13MP AF (belakang) & 8MP (depan)
SIM Dual-sim (Micro+Nano) Dual-sim (Nano+Nano)
Bateri 2,320 mAh 4,100 mAh
Lain-lain LTE, Fast Charge LTE, VOOC Flash Charge

4

5

6

7

HARGA DI MALAYSIA

OPPO telah mengumumkan pengguna boleh mendapatkan OPPO R7 Plus pada harga RM1,998 manakala OPPO R7 Lite pada harga RM 1,298. Pada masa ini, hanya warna emas yang boleh didapatkan di pasaran Malaysia. Pre-order akan mula dibuka pada 11 July 2015 (Sabtu) di www.oppo.com/my.

9

8

OPPO MENAJA FC BARCELONA

CEO OPPO Malaysia, En. William Fang turut mengumumkan satu berita mengejutkan. OPPO akan menjadi salah satu penaja untuk salah satu kelab bola sepak tersohor iaitu FC Barcelona. Penajaan ini akan bermula pada musim baru yang akan datang. Penajaan ini diharapkan mampu menjadikan OPPO lebih terkenal di mata dunia.

10

Buat masa ini belum ada review device yang dapat diberikan kerana kedua-dua model ini hanya boleh didapati di dalam pasaran Malaysia mulai Ogos 2015. Semoga kami terpilih untuk memberikan review device nanti dan kami akan berikan anda info yang lebih baik tentang kedua-dua OPPO R7 Series ini nanti.

11

Entri ini ditulis oleh Mohd Azman, boleh follow dia kat

Twitter : @amman_spark
Instagram: @amman_spark

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Shepherd

Penjaga Kambing yang suka bergosheep.
90% Sheep & 10% Shepherd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *