Hotel

Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur : Ketenangan Di Tengah Kota Metropolitan

Review Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur

Staycation? Apa itu? Staycation adalah percutian di kawasan sekitar tempat kita tinggal, di mana kita menghargai tarikan yang selama ini kita tak pandang pon. Dalam dunia yang semakin sibuk dengan kerja, kita pasti menginginkan percutian untuk merehatkan diri sebentar daripada kesibukan kerja, tetapi kerja juga menjadi satu penghalang apabila cuti tiada. Jadi, atas dasar ini, EHGOSHEEP akan memulakan siri ‘Staycation’ di mana kami akan mencadangkan dan memberi review untuk hotel atau homestay yang sesuai untuk dijadikan tempat ‘Staycation’.

Hotel pertama yang menjadi pilihan Ehgosheep untuk siri staycation ini adalah Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur. Terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur sememangnya menang dalam pelbagai ciri – lokasi, reka bentuk yang memukau, hospitaliti yang baik dan yang paling penting, dikendalikan oleh staff yang bersedia untuk memberikan layanan yang hebat.

Berikut adalah review kami tentang Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur.

LOKASI

Terletak di Jalan Ampang, Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur memang mudah untuk diakses. Sangat berdekatan dengan Suria KLCC, Ampang Park, Masjid India dan Bukit Bintang, hotel ini memang sesuai untuk mereka yang sekali-sekala mahu merasai keindahan malam di kota metropolitan Kuala Lumpur. Berhadapan dengan hotel ini juga ada kedai serbaneka 7-Eleven dan restoren Domino’s, jadi tak perlu gusar jika anda lapar di tengah malam.

TEMPAHAN

Bermula dengan harga RM220 untuk satu malam, tempahan boleh dilakukan secara atas talian di laman web rasmi mereka. Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur mempunyai beberapa promosi di mana anda boleh mendapat diskaun untuk tempahan anda. Contohnya, promosi cuti sekolah di mana harga bermula RM260 untuk bilik deluxe yang boleh memuatkan dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak. Melalui promosi cuti sekolah juga, anda akan mendapat sarapan, parking, dan katil tambahan secara percuma. Untuk promosi lain, boleh rujuk laman web mereka.

DAFTAR MASUK

Proses daftar masuk di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur adalah sangat mudah dan pantas. Walaupun kami tiba agak awal daripada waktu daftar masuk, tetapi bilik kami sudah tersedia. Staff yang peramah akan menerangkan beberapa info tentang hotel seperti waktu sarapan, lokasi restoran dan kolam renang kepada anda. Kawasan lobi yang sangat santai juga membuatkan kami rasa sangat tenang walaupun hotel ini berada di tengah kota.

BILIK

Kami mendaftar masuk di apartment satu bilik. Melangkah kaki ke dalam apartment, kami di sambut dengan reka dalaman yang santai. Lengkap dengan sofa dan televisyen, serta dapur yang cantik membuatkan kami rasa apartment ini memang sesuai dijadikan rumah. Setiap pengunjung diberikan WiFi percuma sepanjang percutian. Terasing dengan ruang tamu, bilik kami dilengkapi dengan katil bersaiz ‘king’, televisyen, meja kerja dan almari yang besar untuk meletakkan pakaian. Tandasnya yang bersaiz sederhana juga memudahkan urusan kami. Apa yang buat kami kagum tentang bilik kami adalah televisyen HD yang disediakan. Menonton televisyen di hotel ini seperti pengalaman baru bagi kami.

KEMUDAHAN

Hotel ini mempunyai kemudahan lengkap termasuk The Fitness Center, kolam renang dan TrEat Restaurant & Bar.The Fitness Center boleh diakses oleh pengguna pada waktu yang ditetapkan dan kolam renangnya yang terletak di sebelahTrEat Restaurant & Bar juga luas dan mempunyai kolam khas untuk kanak-kanak. Selain itu, ianya juga mempunyai lima bilik mesyuarat yang boleh disewa jika anda berminat. WiFi juga disediakan di semua kawasan awam di sekitar hotel ini.

MAKANAN DAN MINUMAN

Mendapat sarapan percuma untuk dua orang, kami tidak sia-siakan masa dengan turun awal ke restoran untuk menikmati sarapan pagi kami. Terletak berdekatan dengan lobi utama, TrEat Restaurant & Bar dihias dengan reka dalaman yang sungguh santai dan luas. Melihat kepada makanan & minuman yang disediakan, kami memang rasa kagum kerana terdapat banyak pilihan yang ditawarkan. Pilihan yang ada terdiri daripada makanan asia seperi nasi lemak, bubur nasi dan bihun goreng, kepada makanan barat seperti pancake, cereal dan macam-macam lagi. Minuman pula seperti biasa kopi, teh dan dua pilihan jus buah iaitu jus oren dan jus nenas. Pujian harus diberikan kepada staff di dalam restoran ini kerana mereka sungguh peramah dan mereka akan sentiasa memastikan hidangan yang disediakan sentiasa penuh.

KESELURUHAN

Pendek kata, percutian dua hari satu malam di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur memang berbaloi dan memuaskan hati. Jika berpeluang, kami akan kembali lagi lagi ke sana. Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur memang sesuai untuk dijadikan tempat staycation jika anda mencari hotel yang mudah diakses dan lengkap dengan kemudahan.

 

 

Summary
Review Date
Reviewed Item
Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur
Author Rating
41star1star1star1stargray
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top