,

Nyonya Valley, Cyberjaya


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Alkisahnya, mencari makan di Cyberjaya ni pada mulanya agak payah. Panik juga masa mula-mula kerja di sini. Kononnya kawasan baru yang tiada identiti lagi. Kalau sebut Cyberjaya saja, balik balik mesti nasi arab, nasi arab, nasi arab. Penangan MMU.

Nyonya Valley, terletak di Cyberview Garden (berhadapan dengan Cyberview Lodge Resort dan bersebelahan dengan Shaftsbury Square), adalah sebuah restoran yang nampak mahal. NAMPAK MAHAL. Maksudnya, suasananya nampak cozy dan classy. Semestinya bukan pilihan untuk orang yang kedekut macam aku untuk makan di sana.

Walaubagaimanapun, restoran ini selalu penuh time lunch hour. Banyak kereta bersusun parking. Mungkin mereka semua kaya.Sampailah suatu hari, kami dah tak tahu nak makan dekat mana sangat, maka kami putuskan untuk mencuba makan di sini.

Rupa-rupanya, makanannya berharga standard. Tidaklah nak kata mahal gila, tapi tak lah murah sangat. Sedap sedap harga Cyberjaya, kata orang. Apa lagi, jom makan!

DSC_0230

Ini harga lunch set punya. Bolehlah untuk kau makan seminggu sekali. Makan satu office 5-6 orang tak sampai RM100. (Tak lah mahal sangat untuk kategori Lembah Klang ni)

Jadi, aku pun order lah Thai Mango Fish with Rice. Makanan di sini berasaskan masakan Nyonya. Ye lah, dah nama pun Nyonya Valley. Ada juga makanan western yang ringkas macam chicken chop dan fish n chip. Tapi boringlah datang kedai nyonya makan makanan barat.

Masakan Nyonya ni ada ala-ala masakan Cina sikit pada aku. Kalau kau biasa ke Homst atau Restoran Abdullah Chan Chinese Muslim seumpamanya, menunya agak sama.

DSC_0225
Thai Mango Fish with Rice

DSC_0226Sosnya berjaya menawan lidah aku. Pedas, masam, manisnya, cukup. Ikannya dimasak garing ala ala crunchy.

Onom nom nom.

Ada sesuatu yang satu lagi menarik pada aku. Portionnya. Kami makan berempat, dan empat-empat kami bersetuju, kedai ini dah study portion yang paling perfect untuk perut orang Asia seperti kita. Nasi habis saing saing dengan lauk. Dan kau tak rasa kenyang sangat atau lapar sangat lepastu. Ngam ngam saja.

DSC_0232
Ice lemon tea panas percuma untuk set makan tengahari. (Okay okay, old joke)

Jadi, adakah berbaloi untuk anda makan di sini?DSC_0234

I don’t know. Keesokan harinya aku datang lagi untuk makan Kung Pao Chicken with Rice pulak.

Jarang-jarang kau nak makan dekat kedai yang sama kalau tak sedap, kan? *wink*

Jadi, if you happen to be somewhere in Cyberjaya dan tak tahu nak makan apa, bolehlah ke Nyonya Valley di Cyberview Garden.

Voila!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Gory

The Mystery Eater

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *