, , ,

Neelofa Tersenarai Dalam 30 Under 30 Asia oleh Forbes


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Siapa tak kenal dengan pengacara-pelakon si cantik manis Neelofa kan? Tak perlu kisah gossip cinta murahan bersama Fattah Amin, Neelofa memang sudah lama menjadi inspirasi kepada para gadis di luar sana dan menjadi kegilaan para lelaki yang sukakan wanita sepertinya.

Neelofa yang telah berjaya mencipta empayar perniagaannya di bawah jenama Naelofar yang ditubuhkan sejak 2014 kini semakin bijak mencipta langkah.

Neelofa memang patut terus menjadi inspirasi wanita muda kerana dia telah diiktiraf kejayaannya oleh Forbes melalui “30 under 30 Asia”. Neelofa berdiri megah sebaris dengan 30 wanita hebat yang lain di dalam kategori “Pioneer Women”.

Dia juga tersenarai dalam 30 Under 30 untuk kategori “Retail & E-Commerce” sebaris dengan usahawan lain seperti Vivy Yusof, Shasha Tan dan ramai lagi.

Baru berusia 28 tahun, kini Neelofa sudah boleh berbangga dengan usaha keras bersama team Naelofar. Wow Neelofa, wow! Ternyata minatnya dalam dunia fesyen dan perniagaan memang mendatangkan hasil yang sangat berbaloi. Pastinya keluarga dan team Naelofar juga turut berbangga dengan kejayaan ini. 

Kepada Neelofa, teruskan menjadi inspirasi kepada wanita muda di luar sana. Tak perlu gossip murahan kerana ternyata anda memang layak berada di atas! 

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *