, ,

Nasi Timbel Di Anggerik Kuring


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Nasi timbel? Apakah?

Pencarian makanan-makanan menarik di Cyberjaya diteruskan. Kali ini, aku sekali lagi dibawa (oleh diri sendiri) ke Shaftsbury Square kerana inilah tempat yang paling dekat untuk cari makan.

Sedang aku berjalan-jalan pusing mengelilingi kawasan ini, aku ternampak sebuah restoran yang kelihatan baru. Macam tak pernah nampak sebelum ni. Jadi, aku assume mungkin ini adalah kedai makan baru. Apa lagi, serang!

Timbel 7

Restoran Anggerik Kuring, terletak di Tingkat 1, bersebelahan betul dengan Restoran Salam Noodle. Boleh nampak signboardnya dari jalan besar.

Jadi, apa yang dihidangkan di sini?

Namanya pun Anggerik Kuring, kedengaran sungguh Indonesia. Jadi, makanan yang disajikan juga adalah Indonesian cuisine.

Timbel 1
Interior design di restoran

Belum pun makan lagi aku sebenarnya dah agak teruja dengan dekorasi kain batik yang dihamparkan di atas setiap meja. Teringat nenek bentang kain batik sebelum hidang lauk-pauk di kampung dulu.

Timbel 3

Timbel 2
Antara menu yang dihidangkan di sini

Di antara menu yang dihidangkan, sudah tentulah menu nasi yang menjadi perhatian. Dua nasi utama yang dihidangkan di sini adalah nasi timbel dan nasi uduk. Apa dia nasi timbel dan nasi uduk ni?

Nasi timbel adalah nasi yang dikukus dalam balutan daun pisang dan dihidangkan bersama lauk pauk, manakala nasi uduk pula adalah makanan tradisi Betawi yang dimasak dengan santan. Ya, ianya mirip nasi lemak.

Timbel 4
Tauhu goreng, bergedil, ayam bakar, keropok, udang bakar, dan sebungkus daun pisang

Memandangkan aku makan seorang diri dan tidak mahu menjadi manusia yang tamak, aku cuba satu sahaja menu; nasi timbel dan ayam bakar. Jadi, apa rasanya? Ayam bakarnya jujur aku kata, sangat sangat sedap! Mengingatkan aku kepada ayam bakar di bazar Ramadhan. Portionnya juga agak besar. Ditambah lagi dengan lauk-lauk lain yang ada, satu set ini sebenarnya agak banyak untuk seorang makan.

Timbel 5
Inilah rupanya nasi timbel di dalam daun pisang

Untuk sup dan sambalnya pula, aku boleh kata, “it’s awesome!”. Mujur sup yang dihidangkan bukan jenis sup kosong ditabur MSG semata-mata. Supnya seakan sup bakso. Dan sambalnya sangat pedas! Aku siap request sambal tambah.

Oh, dan ada satu lagi.

Timbel 6
Udang!

Secara keseluruhannya, makan di sini pada aku adalah sangat memuaskan. Walaupun harganya agak mahal berbanding nasi ayam penyet yang biasa, tapi masakannya memang sedap sekali. #GoryEats bagi, 4.5/5 bintang!

Dan aku akan datang lagi untuk cuba nasi uduknya pula. Tungguuu!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Gory

The Mystery Eater

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *